“Cantik, kaya, sampai bila tunggu datang hidayah?” - Inul Daratista
'geram' komen netizen tentang hijab
Inul memasang impian
tubuh sekolah tahfiz dan rumah anak yatim.
PENYANYI dangdut Inul
Daratista meluahkan rasa kurang senang apabila ada segelintir netizen
mempersoalkan mengenai penampilannya berhijab.
Menerusi siaran
langsung di Instagram, Inul berkata dia akan mengenakan tudung
tanpa paksaan kerana hidayah itu adalah milik Allah.
"Tapi kan apa
yang kita mahu orang lain tidak tahu. Kadang-kadang saya merasa geram kepada
orang yang cakap 'bonda cantik apabila berhijab... mahu sampai bila menunggu
hidayah? Inul kan sudah kaya'.
"Tak perlulah
cakap seperti itu kerana hidayah datang daripada Allah! Anda tidak boleh
menyuruh saya," katanya.
Dalam pada itu, Inul
turut memberitahu cita-citanya mahu membina sekolah tahfiz dan rumah untuk
anak-anak yatim.
"Saya mahu punya
sekolah asrama mengajar pendidikan Islam dan mahu buka rumah anak yatim. Itulah
cita-cita dan harapan saya," ujarnya.
SUMBER: Tribunnews
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..