Dipuji kerana sanggup ulang alik 2 kali hantar parcel guru tercicir, abang kopiah hijau sempat bimbang nasib rider syarikat kurier
Seorang rider Food Panda mendapat pujian netizen kerana sikap amanahnya
memulangkan bungkusan yang tercicir milik seorang guru.
Demikian
perkongsian seorang pelayar di Facebook, menceritakan kisah kebaikan seorang
rider sebuah syarikat penghantaran makanan yang menghantar bungkusan (parcel)
miliknya yang tercicir, baru-baru ini.
Perkongsian
tersebut menjadi tular di media sosial dan mengundang pujian daripada warga
maya yang kagum dengan sikap amanah rider tersebut.
"Tahniah
dan terima kasih rider Foodpanda. Ada rasa tanggungjawab untuk bantu
menyampaikan amanah yang tercicir tu," tulis seorang pelayar.
"Yang
kopiah hijau terjumpa barang tu... Semoga abang-abang Foodpanda dilindungi
Allah," tulis seorang pelayar sambil memuat naik sekeping gambar
sekumpulan rider syarikat penghataran makanan itu di ruangan komen.
"Terima
kasih abang kopiah hijau... semoga Allah membalas kebaikanmu," tulis
seorang lagi pelayar.
Posting tersebut yang dimuatnaik di laman Kami Penduduk Bentong sehingga kini meraih 82 perkongsian dan ratusan komen netizen.
Posting
yang dimuat naik oleh seorang guru di laman Facebook Kami Penduduk Bentong.
Berkongsi
cerita ketika dihubungi mStar, rider 'berkopiah
hijau' bernama Muhamad Shabri itu berkata dia sama sekali tidak menjangka
perkara itu menjadi tular di Facebook.
"Selepas
selesai menghantar bungkusan itu kepada pemiliknya, saya teruskan kerja seperti
biasa dan tak ambil 'port' dah sebab dah sampaikan barang kepada tuannya.
"Tapi
tak sangka pula pemilik bungkusan itu buat perkongsian dan jadi viral di
Facebook. Saya bimbang juga perkara ini timbulkan sensitiviti kepada pihak
syarikat kurier yang berkenaan. Mungkin ridernya juga tak perasan bungkusan tu
tercicir.
"Lagi
pula saya ikhlas membantu, tak ada niat apa-apa... ambil dan terus
hantar," katanya yang sudah bekerja sebagai rider Foodpanda kawasan
Bentong sejak sebulan lalu.
Niat
saya ikhlas. Saya pun pernah beli barang secara dalam talian... kita mesti
tertunggu-tunggu barang pesanan untuk sampai. Jadi saya letakkan diri saya pada
situasi dirinya.
MUHAMAD SHABRI
RIDER FOOD PANDA
Mengimbas
kembali insiden yang berlaku minggu lalu itu, Muhamad Shabri berkata ketika itu
dia sedang dalam perjalanan pulang ke pusat utama (centre) selepas selesai
menghantar pesanan makanan kepada pelanggannya.
"Ketika
dalam perjalanan, saya ternampak satu bungkusan tercicir di atas jalan raya
lalu saya terus berhentikan motosikal di tepi jalan. Bila dah ambil, saya lihat
alamat penerimanya dekat saja dengan centre kami.
"Lalu
saya fikir elok saya hantar terus ke rumahnya kerana pejabat syarikat kurier
terletak sedikit jauh. Namun tiada penghuni ketika saya sampai di rumah itu
lalu saya tinggalkan mesej pada nombor tertera.
"Saya minta pemilik itu hubungi saya dalam masa satu jam, ataupun saya akan terus hantar ke pejabat syarikat kurier. Bimbang nak pegang barang orang lama-lama. Pemiliknya hubungi saya tidak lama kemudian dan minta saya hantar ke rumahnya semula," cerita lelaki berusia 42 tahun ini.
Muhamad
Shabri bertindak menghantar bungkusan tercicir yang ditemui kepada pemiliknya.
Bercerita
lebih lanjut, Muhamad Shabri berkata dia lega kerana berjaya menyampaikan
amanah tersebut kepada pemiliknya dan berniat ikhlas mahu membantu tanpa
mengharapkan apa-apa balasan.
"Pemilik
bungkusan itu, seorang guru wanita mahu memberikan sedikit sagu hati namun saya
tetap menolaknya dengan baik. Mungkin dia rasa serba salah sebab saya ulang
alik dua kali ke rumahnya.
"Tapi
niat saya ikhlas. Saya pun pernah beli barang secara dalam talian... kita mesti
tertunggu-tunggu barang pesanan untuk sampai. Jadi saya letakkan diri saya pada
situasi dirinya," ujar bapa kepada empat orang cahaya mata ini.
Muhamad
Shabri (berkopiah hijau) sudah bekerja sebagai rider Foodpanda sejak sebulan
lalu.
Muhamad
Shari berkata sejak berita tersebut tersebar, wujud sedikit 'kelainan' apabila
ada sesetengah penduduk bandar tersebut mulai perasan kelibatnya sehingga membuatkan
dirinya segan.
"Mereka
perasan melalui penampilan dan motosikal saya. Tapi bimbang juga, lagi tinggi
kita terbang... lagi teruk kita jatuh. Manusia ni tak sunyi dari lakukan
kesilapan.
"Apapun,
Alhamdulillah... moga dapat beri mesej yang baik kepada semua," ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..