Friday, May 1, 2020

Padah terlajak cabar netizen di FB, akhirnya anak jati Kempas gayakan rambut 1 juta komen secara live!


Padah terlajak cabar netizen di FB, akhirnya anak jati Kempas gayakan rambut 1 juta komen secara live! - “Mungkin sebelum ni orang lain janji tapi tak buat kot”
Rafie membuat live di Facebook ketika rambutnya dipotong oleh rakannya.
GARA-GARA mencabar netizen untuk memberi satu juta komen di Facebook, seorang lelaki terpaksa mengotakan janjinya sendiri.
Mohamad Rafiezulanwar Jaffri, pada mulanya memuat naik sebuah gambar di akaun Facebook peribadinya secara suka-suka pada pukul 10 pagi dan tidak sampai sehari, dia dihujani oleh jutaan komen daripada netizen.
Ketika dihubungi mStar, pemuda yang leibh mesra disapa Rafie itu memberitahu dia tidak menyangka akan menerima komen sebegitu banyak..
"Saya memang suka melayari Internet dan cari benda kelakar. Bila terjumpa satu gambar ni, saya pun saje letak di Facebook.
"Asalnya nak letak 500,000, tapi dah alang-alang tu saya letak satu juta terus.
"Dalam tempoh lapan jam sahaja, jumlah komen dah cecah satu juta. Saya perasan akaun berlainan yang komen, bukan mereka spam banyak-banyak," ujar lelaki berusia 24 tahun itu.

Rafie menerima satu juta komen daripada netizen hanya dalam tempoh lapan jam.
Rafie yang bekerja sebagai housekeeper hospital di seberang tambak memberitahu telefonnya tidak berhenti menerima notifikasi daripada Facebook pada Rabu lalu.
"Dalam pukul 10 pagi selepas saya muat naik status tu, tak berhenti orang telefon dan WhatsApp saya.
"Sampai ada nurse yang tegur saya disebabkan telefon saya ni bising.
"Saya belum habis kerja lagi, tapi ramai yang dah mula suruh saya potong rambut sebaik sahaja jumlah komen mencecah satu juta," ujar pemuda yang berasal dari Kempas, Johor itu.
Saya memang niat nak buat pun sebab saya dah berjanji dengan netizen. Bukan sikit, satu juta orang yang komen.
MOHAMAD RAFIEZULANWAR JAFFRI
Ketika ditanya mengapa menggunakan gunting untuk membotakkan rambut, ini jawapan Rafie.
"Lepas balik kerja, saya pergi ke pasar raya untuk mencari mesin potong rambut namun semuanya habis.
"Sampaikan farmasi Guardian dan Watsons pun saya masuk semata-mata nak cari mesin tersebut.
"Mujur kawan-kawan yang tinggal di hostel bersama saya cakap mereka boleh potong menggunakan gunting, selepas itu guna pisau cukur untuk melicinkan kepala," beritahunya.

Tindakan Rafie yang mengotakan janjinya mendapat pujian daripada pengguna Facebook.
Tambah Rafie lagi, dia mendapat lebih daripada 18,000 penonton ketika rambutnya dipotong secara live di Facebook.
"Saya memang niat nak buat pun sebab saya dah janji dengan netizen. Bukan sikit, satu juta orang yang komen...
"Ramai yang memuji saya kerana mengotakan janji kerana mungkin sebelum ni orang lain yang berjanji tapi tak buat kot.
"Saya nak simpan rambut ni sampai saya balik Johor tetapi tak tahu lagi bila. PKP di Singapura buat masa ini berkuat kuasa sehingga 1 Jun tapi mungkin akan dilanjutkan lagi," ujar Rafie yang pulang ke Johor sebulan sekali.
Posting Rafie pada pagi Rabu menerima satu juta komen serta 54,000 tanda suka daripada netizen.
Tags/Kata Kunci:









No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..