Friday, May 8, 2020

Wanita lumpuh ditanam anak hidup-hidup masih bernafas walaupun tanpa makan, minum tiga hari

Wanita lumpuh itu berjaya diselamatkan polis.

SEORANG wanita lumpuh yang ditanamkan hidup-hidup di dalam sebuah keranda reput selama tiga hari berjaya diselamatkan polis.

Polis Wilayah Shaanxi di barat laut China dipanggil ke lokasi kejadian selepas menerima laporan daripada menantu perempuan wanita berusia 79 tahun itu.

Polis berjaya mengeluarkan mangsa yang dipenuhi lumpur dan masih bernafas.

Anak lelaki mangsa yang dikenali sebagai Ma masih ditahan polis atas dakwaan cuba membunuh ibunya.

Penyiasat berkata suspek meletak ibunya di dalam kereta sorong dan membawanya keluar rumah sekitar pukul 8 malam Sabtu sebelum kembali awal pagi keesokan harinya.

Ketika isterinya, Ms Zhang bertanya mengenai ibu mentuanya, Ma berkata dia mengupah pemandu van untuk membawa ibunya ke rumah saudara mereka.

Isterinya mencurigai Ma dan pergi ke balai polis untuk membuat laporan mengenai kehilangan ibu mentuanya.

Pihak berkuasa memanggil Ma ke balai polis di mana dia mengaku menanam ibunya hidup-hidup di sebuah keranda yang sudah reput.

Polis menjejaki lokasi tersebut dan terkejut menemui wanita warga emas tu masih lagi bernafas meskipun tanpa makan dan minum selama tiga hari. -

1 comment:

  1. da kenapa tanam hidup hidup tu..nasib umur masih panjang

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..