Wednesday, June 3, 2020

Cantik tapi bahaya... Pinggan mangkuk corak timbul diperbuat daripada plumbum - “Jangan hidang untuk kanak-kanak, wanita hamil”

Cantik tapi bahaya... Pinggan mangkuk corak timbul diperbuat daripada plumbum - “Jangan hidang untuk kanak-kanak, wanita hamil”

 Pinggan mangkuk bercorak dan berwarna-warni masih menjadi kegilaan ramai ketika ini. PINGGAN mangkuk dengan corak dan berwarna-warni terang pernah menjadi kegilaan ramai suatu ketika dulu. Malah ada yang sanggup beratur panjang semata-mata mahu mendapatkan pinggan menarik ini. Manakan tidak, kalau terlambat, produk yang anda inginkan sudah sold out sekelip mata. Namun masih ramai yang berminat terhadap pinggan mangkuk tersebut sehingga tidak menyedari ia sebenarnya tidak selamat untuk kegunaan harian. 

Menurut perkongsiaan Facebook Public Health Malaysia, pinggan mangkuk berasaskan seramik itu dihasilkan menggunakan plumbum. "Bahan yang mengandungi plumbum telah lama digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan produk seramik yang bercorak dan berwarna warni," demikian menurut posting tersebut. Pinggan mangkuk bercorak tidak selamat digunakan wanita hamil dan juga kanak-kanak. - Gambar sekadar hiasan Berdasarkan posting tersebut, antara ciri-ciri pinggan mangkuk yang mungkin mengandungi plumbum adalah pinggan yang dibuat secara tradisional dengan tanah liat dan corak yang dilukis dan menarik. "Selain itu permukaan pinggan yang tidak rata, anda dapat rasa corak yang dilukis dengan tangan. "Pengilang yang tidak diketahui (bukan jenama yang diketahui) dan pinggan mangkuk dengan pelbagai bentuk," katanya. 

Bahan yang mengandungi plumbum telah lama digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan produk seramik yang bercorak dan berwarna warni. FACEBOOK PUBLIC HEALTH MALAYSIA Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya mengelak menggunakan pinggan tersebut. Dalam erti kata lain, pinggan mangkuk tersebut hanya selamat untuk digunakan sebagai hiasan sahaja. Namun jika tetap masih mahu menggunakannya, anda disaran untuk mengelakkan beberapa perkara. Pinggan mangkuk ini masih dijual secara atas talian secara terbuka. "Antaranya elakkan meletakkan makanan panas. Jangan panaskan atau masuk ke dalam ketuhar atau gelombang mikro. "Jangan simpan makanan terlalu lama. Jangan letak makanan berasid seperti tomato, limau, teh, kopi dan jus buah. "Elakkan basuh dengan sabun, menyental permukaan pinggan dengan dawai kerana ia akan merosakkan permukaan, menyebabkan bahan plumbum mudah bocor. "Jangan hidangkan untuk kanak-kanak dan wanita hamil," katanya. Namun orang ramai turut digalakkan supaya memakai pinggan berwarna putih tanpa corak dan corak pinggan di bawah atau luar pinggan kerana lebih selamat digunakan.

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..