Anak muat naik gambar bapa obses pakai topeng muka sedondon dengan tali leher di Twitter, ramai yang puji!
KEBANYAKAN golongan lelaki biasanya tidak berapa menitikberatkan gaya ataupan padanan ketika memilih pakaian.
Asalkan kemas dan selesa, itu sudah cukup bagi mereka apatah lagi bagi yang hampir menjangkau usia separuh abad.
Namun tidak bagi lelaki bernama Steve Montgomery dari San Antiono, Texas ini yang gemar memadankan topeng muka agar sedondon dengan tali leher!
Situasi pandemik Covid-19 yang menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka secara tidak langsung membuatkan lelaki ini bereksperimen dengan gaya kreatif dan lain daripada yang lain.
Gaya Steve menjadi perhatian selepas anak perempuannya, Kiana membuat perkongsian di Twitter dengan memuat naik beberapa keping gambar bapanya yang mengenakan topeng muka sedondon dengan tali leher.
Meraih lebih 600,000 likes, netizen ternyata kagum dengan fesyen lelaki berkenaan.
Steve menghasilkan topeng tersebut daripada 'pocket square' yang disertakan bersama tali leher yang dibelinya. - Metro.co.uk
Tq Mstar
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..