Gempar! Penduduk kampung dikejutkan dengan kelahiran anak lembu berkepala dua
PENDUDUK di sebuah kampung di tenggara China dikejutkan dengan kelahiran seekor anak lembu yang luar biasa, iaitu berkepala dua!
Anak lembu itu yang dilahirkan di daerah Dejiang, Wilayah Guizhou mempunyai dua kepala, dua telinga, dua mulut dan empat mata.
Menurut pemiliknya yang dikenali sebagai Zhang, ibu kepada lembu berkenaan berjaya melahirkan anaknya selepas melalui kesakitan selama tujuh jam.
Wanita itu berkata, anak lembu itu tidak berupaya untuk berdiri sendiri tetapi mampu meminum susu menggunakan kedua-dua mulutnya.
Dia memberitahu media tempatan: "Saya berusia lebih daripada 70 tahun, dan saya tak pernah melihat lembu seperti ini sepanjang hidup"
Seorang pakar mendakwa anak lembu berkepala dua itu mempunyai tekak yang sama dan berupaya mempunyai empat tanduk.
Dipercayai anak lembu itu mengalami mutasi genetik ketika masih berada di dalam rahim ibunya. - Dailystar
Kalo d india dh tentu dipuja spt tuhan
ReplyDelete