Sunday, August 9, 2020

Guru kongsi kisah perit ada RM2 je dalam poket, siap 'hutang' makan di kantin sekolah - “Tanya diri, cukupkah usaha selama ini”


Guru kongsi kisah perit ada RM2 je dalam poket, siap 'hutang' makan di kantin sekolah - “Tanya diri, cukupkah usaha selama ini”


Cikgu Mohd Fadli mengimbau keperitan hidup yang pernah dialami suatu ketika dahulu di mana dia pernah bekerja di gerai demi mencari pendapatan sampingan. Foto: FB Mohd Fadli Salleh

NAMA Cikgu Mohd Fadli Salleh bukan lagi asing bagi mereka yang sering melayari Facebook.

Guru ini sangat aktif berkongsi penulisannya di media sosial bukan sahaja mengenai pendidikan, malah pelbagai kisah masyarakat untuk dijadikan teladan bersama.

Sosok lelaki berkaca mata ini juga dikenali kerana aktif melakukan kerja-kerja kebajikan dengan menghulurkan bantuan kepada insan yang kurang berkemampuan menerusi Pertubuhan Kebajikan Danakita.
Namun siapa sangka, guru yang sering turun padang menghulurkan bantuan ini suatu ketika dahulu pernah melalui situasi 'kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang'.

Menerusi satu coretan di Facebook, guru ini berkongsi suka duka kenangannya yang pernah mencari pendapatan sampingan dengan membantu rakannya berniaga kambing bakar.



Sebahagian daripada perkongsian Cikgu Mohd Fadli mengenai pengalamannya yang pernah bekerja sambilan di gerai kambing bakar.

"Saat bantu kawan baik aku Bang E berniaga kambing bakar dekat Bukit Bintang. Masa ni sesak sungguh. Badan pun kurus kering tak cukup zat.

"Balik sekolah, mandi, solat, terus ke Jalan Alor, Bukit Bintang untuk buka kedai. Sediakan apa yang patut, nyalakan api, potong bawang, lada untuk siapkan kuah kambing bakar ni.

"Dari jam 8 malam hingga 3 pagi, begitulah rutin setiap hari. Awal-awal dulu, setiap kali tutup kedai Bang E nak bagi gaji, tapi aku tolak walau sendiri sesak," tulisnya.

Hanya berlaukkan nasi kosong disirami kuah kicap dan lada, itulah menu yang dijamahnya saban malam untuk mengisi perut yang berkeroncong.

Bila aku buat program amal, ziarah rumah ke rumah, paling aku kesalkan bila ramai yang memberi alasan. Alasan penat, alasan jauh, alasan kena kerja lama, alasan kerja tu susah, alasan gaji kecil.

MOHD FADLI SALLEH

GURU

Bukan tidak pernah dipelawa untuk menjamah daging kambing, namun guru ini menolak kerana merasakan tidak wajar mengambil barang jualan rakannya.

"Satu hari, duit betul-betul tak ada. Cuma tinggal RM2 sahaja. Itu saja yang ada dalam poket untuk teruskan kehidupan.

"Dalam perjalanan aku niat dah dalam hati. 'Malam ni kalau Bang E nak bagi gaji aku tak tolak dah. Kalau dia tak tawarkan, aku nak mintak RM10 buat isi minyak motor dan makan waktu rehat kat sekolah esok'," tulisnya.

Bagaimanapun, niat tersebut terbantut kerana kasihan kepada rakannya memandangkan jualan pada malam tersebut tidak berapa laku.



Cikgu Mohd Fadli membantu rakannya yang membuka gerai kambing bakar di Bukit Bintang.

"Sampai ke sudah aku tak minta. Jam 2 pagi kami kemas kedai, dan balik. Tutup awal malam tu," tulisnya sambil menambah, keesokannya dia terpaksa 'berhutang' dengan kantin sekolah gara-gara kesempitan wang.

Ujar Mohd Fadli, pengalaman tersebut merupakan kenangan yang tak akan dilupakannya sehingga bila-bila kerana ia mengajar dirinya pelbagai perkara terutama kegigihan mencari rezeki demi mendapatkan wang walaupun jumlahnya kecil.

"Nikmat RM50 dalam poket saat kita sentiasa sesak ni hanya orang yang biasa lalui sahaja tahu perasaan itu.

"Bila aku buat program amal, ziarah rumah ke rumah, paling aku kesalkan bila ramai yang memberi alasan. Alasan penat, alasan jauh, alasan kena kerja lama, alasan kerja tu susah, alasan gaji kecil.



Demi mencari pendapatan sampingan, Cikgu Mohd Fadli bekerja di gerai ini selepas tamat mengajar pada sebelah petang.

"Lepas tu mengadu hidup susah, duit tak ada, minta bantuan itu ini," tulisnya.

Tambah guru ini lagi, tiada sesiapa yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kehidupan seharian melainkan diri sendiri yang menentukannya.

"Jika terus beralasan, sampai bila takkan ada perubahan. Ya, kadang lubang rezeki itu sangat sukar terbuka untuk sebahagian orang.

"Namun ramai juga yang sengaja menyempitkan lubang-lubang rezeki yang terbentang. Hadap cermin, tanya pada diri, 'Cukupkan dengan usaha aku setakat ini? Apa aku mahu terus hidup seperti ini selama masa?'. Tanya diri sendiri, jawablah sendiri," tulisnya.

mstar

1 comment:

  1. Saya Suryanto dari Indonesia di Kota Palu, saya mencurahkan waktu saya di sini karena janji yang saya berikan kepada LADY ESTHER PATRICK yang kebetulan adalah Tuhan yang mengirim pemberi pinjaman online dan saya berdoa kepada TUHAN untuk dapat melihat posisi saya hari ini.

    Beberapa bulan yang lalu saya melihat komentar yang diposting oleh seorang wanita bernama Nurul Yudianto dan bagaimana dia telah scammed meminta pinjaman online, menurut dia sebelum ALLAH mengarahkannya ke tangan Mrs. ESTHER PATRICK. (ESTHERPATRICK83@GMAIL.COM)

    Saya memutuskan untuk menghubungi NURUL YUDIANTO untuk memastikan apakah itu benar dan untuk membimbing saya tentang cara mendapatkan pinjaman dari LADY ESTHER PATRICK, dia mengatakan kepada saya untuk menghubungi Lady. Saya bersikeras bahwa dia harus memberi tahu saya proses dan kriteria yang dia katakan sangat mudah. dari Mrs. ESTHER, yang perlu saya lakukan adalah menghubunginya, mengisi formulir untuk mengirim pengembalian, mengirim saya scan kartu identitas saya, kemudian mendaftar dengan perusahaan setelah itu saya akan mendapatkan pinjaman saya. . Lalu saya bertanya kepadanya bagaimana Anda mendapatkan pinjaman Anda? Dia menjawab bahwa hanya itu yang dia lakukan, yang sangat mengejutkan.

     Saya menghubungi Mrs ESTHER PATRICK dan saya mengikuti instruksi dengan hati-hati untuk saya, saya memenuhi persyaratan mereka dan pinjaman saya disetujui dengan sukses tetapi sebelum pinjaman dipindahkan ke akun saya, saya diminta membuat janji untuk membagikan kabar baik tentang Mrs. ESTHER PATRICK dan itulah mengapa Anda melihat posting ini hari ini untuk kejutan terbesar saya, saya menerima peringatan Rp350.000.000. jadi saya menyarankan semua orang yang mencari sumber tepercaya untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Mrs. ESTHER PATRICK melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) untuk mendapatkan pinjaman yang dijamin, Anda juga dapat menghubungi saya di Email saya: (suryantosuryanto524@gmail.com)

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..