Monday, August 17, 2020

Tedia !!! Gempar Hafizh Syahrin kemalangan dalam perlumbaan di Austria

 

Gempar Hafizh Syahrin kemalangan dalam perlumbaan di Austria

Hafizh Syahrin mengalami kemalangan di perlumbaan Moto2 di Austria.

MALANG tidak berbau. Pelumba Inde Aspar Team Moto2, Hafizh Syahrin Abdullah mengalami kemalangan dalam perlumbaan di Austria pada Ahad.

Hafizh Syahrin bagaimanapun dilaporkan sedar serta stabil dan dibawa ke pusat perubatan di litar bagi tujuan pemeriksaan

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam Twitternya mengesahkan Hafizh Syahrin dalam keadaan sedar.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa berhubung dengan wakil KBS di Austria untuk memberi sebarang bantuan.

"Saya baru terima khabar tentang kemalangan @Hafizh_pescao55 daripada Dato Razlan Razali sebentar tadi dan Alhamdulillah, beliau dalam keadaan sedar," katanya.

Menurut pengurus pasukan Aspar, Gino Borsoi, Hafizh, 26, berada dalam keadaan sedar serta stabil dan kini sedang menerima rawatan di pusat perubatan litar.

"Penunggang berada dalam keadaan baik, hanya mengalami lebam terutama di bahagian pinggul, tetapi keadaan sedar," jelas Borsoi menerusi akaun Twitter.


No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..