Friday, August 21, 2020

Terharu !!! Isteri mengidam, posmen tulis nota minta mangga atas parcel pelanggan. Wow Jawapan Sempoii


Isteri mengidam, posmen tulis nota minta mangga atas parcel pelanggan... terima respons mengejutkan - “Lebih 2 tahun hantar barang, tak pernah jumpa sampai hari ni”

Nota yang ditinggalkan oleh lelaki itu buat pemilik rumah berkenaan.

DEMI isteri tercinta yang sedang sarat berbadan dua, apa sahaja sanggup dilakukan oleh si suami.

Begitulah kisah seorang posmen yang tular di Twitter apabila dia sanggup meminta buah mangga daripada individu tak dikenali untuk isterinya yang mengidam pada minggu lalu.

Menurut Mohammad Zuhelmy Ibrahim, 26, isterinya ada menyuarakan hasrat itu sebelum dan dia terus teringatkan pohon mangga di rumah salah seorang pelanggannya yang terletak di Puchong, Selangor.

"Dia nak buah mangga fresh. Kemudian saya terfikir mengenai pokok mangga di sebuah rumah yang saya selalu hantar barang tu.

"Sebenarnya dah selalu hantar barang ke rumah tu. Saya pun ada nombor telefon pemilik rumah tapi tak terfikir nak hantar mesej.

Zuhelmy bersama isterinya yang kini hamil tujuh bulan.

"Sewaktu hantar barang ke rumah tu lagi sekali, saya tulis nota kat parcel untuk minta buah mangga. Esoknya saya lalu lagi sekali sebab kawasan tu memang kawasan penghantaran saya.

"Tiba-tiba ternampak ada kertas nota dilekatkan di peti surat. Rupa-rupanya pemilik rumah tu balas nota saya, mereka nak bagi mangga dan dah letak siap-siap kat rak depan rumah," ujarnya kepada mStar.

Kata Zuhelmy, tindakan prihatin pemilik rumah berkenaan ternyata menggembirakan isterinya, Afrah, 27, yang kini mengandung tujuh bulan.


Namun katanya, sepanjang menghantar barang ke rumah berkenan, dia sehingga kini tidak pernah bertemu dengan pemilik atau keluarganya.

"Saya dah kerja dua tahun lebih, memang selalu hantar barang ke rumah dia. Tapi tak pernah jumpa sampai hari ni.

"Saya rasa syukur sangat dia bagi buah mangga untuk isteri saya. Dapatlah isteri saya makan buah mangga fresh dari pokok yang diidam-idamkan tu.

Nota jawapan balas oleh tuan rumah yang turut disertakan dengan buah mangga untuk isteri posmen berkenaan.

"Terima kasih banyak-banyak kerana bermurah hati," ujarnya yang menetap di Cheras, Selangor.

Menurut Zuhelmy, dia dan isterinya baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama pada 14 Ogos lalu dan kini sedang menanti cahaya mata pertama mereka.

Zuhelmy akui terharu dengan sikap prihatin pemilik rumah berkenaan.

Terdahulu, kisah itu tular selepas anak kepada pemilik rumah berkenan berkongsi mengenai nota yang ditulis Zuhelmy di atas barang yang dihantar.

Malah, rata-rata pelayar Twitter turut mengakui terharu membaca kisah itu.

Antara komen lain termasuklah yang memuji sikap prihatin pemilik rumah berkenaan dan tak kurang juga yang mendoakan segala urusan kehamilan isteri Zuhelmy dipermudahkan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Tags/Kata Kunci: 

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..