Pemilik kedai nasi kandar di Napoh, Jitra yang terbabit dengan kluster Sivagangga dilapor dipenjara lima bulan dan denda RM12,000, menurut timbalan pendakwa raya.
Kluster Sivagangga dipercayai bermula setelah pemilik restoran, tidak mematuhi perintah kuarantin di rumah setelah kembali dari luar negara.
Kluster Sivagangga kini menjadi antara kluster terbesar di Malaysia,yang merebak ke kawasan lain di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
Setakat tengah hari semalam, sebanyak 45 kes dicatatkan.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster ini merebak cepat berbanding kluster lain.
Dia juga berkata kluster itu mungkin mempunyai kaitan dengan genom Covid-19 yang dikenali sebagai perebak utama (superspreader) seperti di Mesir dan Pakistan.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..