Friday, August 28, 2020

Wow..Superb..!!! Bukan Brazil, tapi di Teluk Cempedak! Aksi freestyle pemuda timang bola imbas aura Joga Bonito... macam melekat di kaki - “

 

Bukan Brazil, tapi di Teluk Cempedak! Aksi freestyle pemuda timang bola imbas aura Joga Bonito... macam melekat di kaki - “Rancang nak buka kelas”

Video aksi freestyle yang dilakukan Airi ketika di Teluk Cempedak, Kuantan (kanan) mengundang perhatian ramai.

SEPERTI bola diikat pada kaki!

Itulah yang mungkin diperkatakan setiap orang yang melihat skil dua pemuda ini menimang serta mengawal bola secara gaya bebas atau 'free style'.

Dengan liuk lintuk tubuh badan dan ketangkasan sepasang kaki mengawal sebiji bola, sesiapa sahaja pasti kagum dengan skil yang dimiliki dua pemuda ini, sebagaimana video yang tular selepas dimuat naik di Twitter baru-baru ini.


"Joga Bonito vibes.. By the way, this is not Brazil. This is Malaysia," tulis kapsyen pada video berkenaan, merujuk kepada aksi timang bola dalam video kempen Joga Bonito yang dilakukan oleh bintang bola sepak dunia seperti Ronaldinho, Zlatan Ibrahimovic, Ronaldo dan ramai lagi pada 2006.

Berkongsi cerita dengan mStar, salah seorang pemuda yang melakukan aksi freestyle tersebut, Airi Azni berkata video tersebut dirakamkan di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang pada Ahad lalu.



Airi (kanan) bersama sahabatnya yang sama-sama melakukan aksi timang bola atau freestyle di Teluk Cempedak, baru-baru ini.

"Ketika itu saya dijemput untuk satu acara di sana. Jadi ketika ada waktu terluang, saya saja isi masa dengan buat aksi freestyle dengan seorang lagi rakan.

"Kebetulan pula pakai baju kemeja ala-ala tema pantai, itu yang saya plan dengan rakan untuk rakam aksi freestyle. Kononnya nak mengimbas kembali aksi Joga Bonito sebelum ini," katanya yang senang disapa sebagai Airi.

Sehingga kini video tersebut meraih 1,700 retweet dan hampir mencecah 46,000 tontonan di Twitter.



Airi mewakili Malaysia dalam pertandingan freestyle di Vietnam pada tahun 2013.

Bercerita lebih lanjut, Airi berkata dia sudah hampir sembilan tahun terlibat dalam aksi freestyle, malah sudah beberapa kali mewakili negara dalam beberapa pertandingan yang dianjurkan di luar negara.

Pemuda berusia 24 tahun ini pernah menyertai pertandingan freestyle yang dianjurkan di Singapura dan Vietnam, selain turut diundang membuat persembahan di India, Januari lalu.


Antara pencapaian yang diperoleh sepanjang pembabitannya dalam dunia freestyle adalah Juara Freestyle Malaysia pada 2013 dan 2017 dan Top16 Freestyler Terbaik Asia pada 2013.

Malah, dia juga sering dijemput untuk mengajar aksi berkenaan di sekolah-sekolah.

"Saya bermula dengan belajar sendiri saja, dan banyak rujuk aksi-aksi ini di YouTube. Freestyle sama seperti bola sepak. Untuk mempamerkan aksi yang sempurna, latihan itu penting. Kena berlatih setiap hari sebab ia makan masa juga," katanya yang meminati pasukan Liverpool dan pemain antarabangsa dari Argentina, Lionel Messi.



Airi meraih gelaran juara Malaysia Freestyle tahun 2013 dan 2017.

Berpendapat aksi freestyle di Malaysia belum begitu berkembang pesat, Airi berkata dia mengharapkan agar lebih ramai pihak membuka mata dan memberi perhatian kepada 'sukan' berkenaan.

"Selalu saya berlatih atau beraksi di tempat awam, ramai yang datang tanya termasuk ibu bapa seolah-olah berminat. Jadi mungkin selepas ini, sukan freestyle football ni lebih diberi perhatian dan tidak dipandang sebagai 'low value'.



Airi sewaktu sesi mengajar freestyle di sekolah.

"Baru-baru ini saja ia jadi fenomena dan ada video freestyle lain yang 'meletup' sebelum video saya. Untuk lebih memperkenalkannya, saya dan rakan mempunyai perancangan pada masa depan untuk membuka kelas kepada remaja atau generasi muda yang berminat.

"Ia masih lagi di peringkat perbincangan namun harapan kami agar impian ini dapat direalisasikan," ujarnya mengakhiri bicara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..