Bukan sekadar juara di litar, fesyen LEWIS Hamilton terima pujian ramai
JUARA Formula Satu (F1) Lewis Hamilton mencuri perhatian ramai apabila menggayakan baju, topi dan seluar dengan corak sepadan.
Fesyen terbaharu itu dirakam sewaktu dia tiba di Mugello, Itali pada Khamis.
Berusia 35 tahun, citarasa fesyen juara dunia itu tidak perlu dipertikaikan lagi.
Malah, dia juga turut mendapat tajaan jenama terkenal, Tommy Hilfiger.
Dalam beberapa foto yang dikongsi, dia juga sempat menaiki sebuah skuter di lokasi itu.
Tidak dilupakan, Hamilton turut mengenakan seutas jam tangan, kaca mata hitam dan beberapa bentuk cincin di samping pelitup muka berwarna hitam. - The Sun.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..