MALANG tidak berbau.
Begitulah kisah melibatkan wanita ini yang menjadi mangsa ragut di Ampang, Selangor pada Khamis.
Menurut Atikah Mat Zaini, 27, kejadian seperti ini pertama kali menimpa dirinya dan mengakui masih lagi trauma apabila mengenangkan semula apa yang berlaku.
Pada awal pagi Jumaat, dia turut berkongsi mengenai kejadian itu sehingga ia menjadi tular dan mengundang perhatian ribuan pelayar Twitter.
Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Atikah sempat memperincikan semula kejadian itu yang berlaku sewaktu dia dalam perjalanan membeli hidangan tradisional Sarawak, mi kolok.
"Sebenarnya saya dari pejabat, nak ke Ampang sekejap untuk beli mi kolok. Ingatkan nak tapau tapi tak sempat. Kejadian berlaku masa saya tengah nak cari parking.
Atikah turut mengalami luka di tangan akibat terkena serpihan cermin kereta.
"Sebenarnya saya dah perasan ada dua lelaki menaiki sebuah motor yang memandang ke arah kereta saya di lampu isyarat.
"Selepas lampu hijau dan saya tengah memandu, tiba-tiba dengar bunyi kuat. Ingatkan kena langgar, rupa-rupanya mereka tengah hentak cermin kereta saya.
"Dua tiga kali hentak tapi tak pecah sepenuhnya. Sambil drive, sambil tarik beg tangan saya. Selepas gagal ambil beg tu, mereka berlalu pergi," ujar Atikah.
Sebelum ni selalu letak beg di bawah atau di kawasan brek tangan. Mungkin saya agak kelam kabut masa hari kejadian.
ATIKAH MAT ZAINI
Menurut eksekutif di sebuah syarikat cari gali di ibu negara itu, dia turut mengalami kecederaan ringan akibat serpihan kaca yang tertusuk pada tangan.
Namun katanya, dia bersyukur apabila pintu keretanya sememangnya dikunci, malah dia juga menggunakan tinted khas pada cermin sekali gus menyukarkan usaha jahat peragut tersebut.
Antara barang yang dimuatkan dalam beg Atikah.
"Saya pakai safety tinted. Beg pula diletakkan di kerusi penumpang depan, ditutup dengan beg kertas.
"Sebelum ni selalu letak beg di bawah atau di kawasan brek tangan. Mungkin saya agak kelam kabut masa hari kejadian.
"Tapi syukurlah beg saya selamat," ujarnya yang menetap di Setapak.
Menurut Atikah, dia juga sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada Khamis.
Malah, perkongsian Atikah mengenai hal itu di Twitter turut meraih hampir 20,000 ulang kicau (Retweet).
Msrar tq
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..