Pasar raya dipecah masuk, perjuangan tetap diteruskan! Ramai teruja Ustaz Ebit umum tambah cawangan - “Kami perlu barang murah”
UJIAN demi ujian yang menimpa sedikit pun tidak mematahkan semangat pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew untuk terus membantu golongan yang memerlukan.
Selepas episod sedih yang mana salah sebuah cawangan Elewsmart dipecah masuk beberapa hari lalu, pendakwah tersebut memaklumkan akan menambah lagi 30 cawangan pasaraya berkenaan menjelang akhir tahun ini.
"Doakan ye nak buka lagi 30 cawangan Elewsmart sebelum hujung tahun. Semoga menjadi asbab kebaikan," tulis Ebit menerusi Twitter miliknya.
Posting berkenaan sehingga kini meraih lebih 7,000 retweet selain dibanjiri ribuan komen netizen yang rata-ratanya gembira dengan khabar tersebut.
Ebit mengumumkan bakal membuka 30 lagi cawangan Elewsmart di Twitter.
"Alhamdullilah InsyaAllah niat yang murni dan baik Allah akan menggandakan rezeki supaya boleh tolong semua manusia yang hidup dalam kemiskinan," tulis seorang netizen.
"Niat betul....Allah akan membuka jalannya dengan mudah," tulis seorang netizen lain.
Dalam pada itu, ada juga yang mengharapkan agar kawasan tempat tinggal mereka turut tersenarai dalam rancangan pembukaan cawangan pasar raya berkenaan.
"Ustaz buka setiap negeri sebab kami semua nak merasa. Kalau kami semua tak ada rezeki bertemu dengan ustaz sekurang-kurangnya kami boleh support usahawan ustaz," komen seorang netizen.
"Ustaz tolong buka dekat Rawang, kami perlu barang murah," tulis yang lain pula.
Netizen teruja apabila mengetahui mengenai perancangan Ustaz Ebit.
Tidak kurang juga ada yang menawarkan diri untuk bekerja di pasar raya berkenaan.
Setakat ini, Elewsmart yang dimiliki Ebit sudah pun mempunyai 10 cawangan di sekitar Lembah Klang, iaitu di Sungai Buloh, Bandar Baru Bangi, Kajang, Cyberjaya, Balakong, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana.
Khamis lalu, salah satu cawangannya iaitu di Sungai Buloh dipecah masuk oleh dua individu.
Berkongsi butiran kejadian itu menerusi satu perkongsian di Facebook, Ebit berkata menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), premisnya dipecah masuk oleh dua individu yang memaki topi keledar kira-kira pada pukul 3.30 pagi.
(kiri) Ustaz Ebit di hadapan pasaraya Elewsmart cawangan Sungai Buloh. (kanan) Rakaman CCTV yang dimuat naik di Facebook beliau mengenai insiden pecah masuk tersebut.
Ia bukanlah ujian pertama yang menimpa pendakwah terkenal berkenaan sejak beliau bergiat aktif membantu golongan memerlukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa bulan lalu.
Sebelum ini, Ebit pernah dikecam segelintir pihak yang kurang senang dengan usahanya kerana dilabel menunjuk-nunjuk, sehingga membuatkan beliau hampir berputus asa untuk terus turun padang.
Malah beliau juga pernah dipanggil memberi keterangan kepada Bukit Aman dek kerana 'kontroversi' tersebut.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..