TAHUKAH anda wanita yang sedang datang bulan tidak dibenarkan masuk ke kawasan penempatan haiwan komodo di Pulau Komodo, Indonesia?
Pakar Zoologi Indonesia, Evy Ayu Arida berkata, wanita yang sedang haid akan menarik perhatian komodo dan boleh mendatangkan bahaya.
ARTIKEL BERKAITAN: Dah bosan bercuti di darat... kini Singapura buka peluang rasai pelayaran tanpa tujuan
"Jangan cuba-cuba... Niat untuk melihat komodo lebih dekat mungkin menjadi sebaliknya apabila anda diperhatikan oleh haiwan liar itu," katanya.
Ramai menyangka air liur komodo yang beracun dan boleh menyebabkan kematian.
Evy menjelaskan, komodo mampu mencium bau darah (termasuk darah haid) selain mampu menghidu kematian dalam radius 9.6 kilometer.
Bau darah akan menarik perhatian haiwan itu dan boleh mendatangkan bahaya jika tidak berhati-hati.
Apa yang lebih membimbangkan kata Evy, jika ada terkena serangan komodo, gigitannya boleh mendatangkan bahaya.
Kajian dilakukan Kominfo pada 2009 menyebut, gigitan komodo boleh menyuntik racun pada mangsa menerusi kelenjar racun yang terdapat pada rahang bawah mulutnya.
Mitos menyebut air liur haiwan itu menjadi penyebab kematian mangsa memandangkan ia mengandungi ribuan bakteria yang boleh memberi jangkitan.
Komodo sebenarnya bukanlah haiwan yang agresif.
Sementara itu, Evy bagaimanapun memberitahu komodo sebenarnya bukanlah haiwan yang agresif. Meskipun mencium bau darah, bukan bererti ia akan terus menyerang mangsanya.
Mampu berlari sehingga 20 kilometer/jam, komodo sebenarnya tidak gemar mengejar mangsanya. Ia lebih gemar membuat perangkap untuk mendapatkan makanan.
Apabila sudah dapat menangkap mangsa, ia tidak akan terus makan sebaliknya membiarkan ia menjadi bangkai terlebih dahulu.
"Jadi tidak hairan komodo tertarik pada aroma darah yang tidak segar termasuk darah haid," katanya.join grup Telegram mStar!
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..