Sunday, October 4, 2020

Tudia!!!! Trump tanya pembantu, bimbang hidupnya bakal berakhir seperti rakan

 

Adakah saya akan mati kerana Covid-19?” - 

Trump dan isterinya, Melania disahkan positif Covid-19 pada Jumaat. Foto: Reuters

DONALD Trump dilaporkan bertanya kepada pembantunya sama ada dia akan meninggal dunia kerana Covid-19.

Soalan itu muncul selepas seorang pegawai atasan mengatakan bahawa situasi dalam tempoh 48 jam berikutnya adalah situasi yang kritikal.

Menurut wartawan Vanity Fair, Presiden Amerika Syarikat itu bertanya kepada pembantunya: "Adakah saya akan mati seperti Stan Chera? Adakah saya?" tanya Trump merujuk rakannya yang merupakan seorang pemaju hartanah New York City, Stanley Chera yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada April lalu.

Sebelum itu doktor Rumah Putih, Dr Sean Conley, bersama sembilan anggota pasukan perubatan memberi maklumat terkini mengenai keadaannya dari pusat perubatan Walter Reed.

Trump, 74, dikejarkan ke pusat perubatan dekat ibu kota Washington DC menggunakan helikopter selepas disahkan positif Covid-19 beberapa hari lalu.

Trump dirawat menggunakan ubat antiviral Remdesivir yang dibuat oleh syarikat biofarmaseutikal Gilead Sciences. - Thesun.co.uk



No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..