Wednesday, October 7, 2020

Waduh !!! “Kami tolong sukarela, sikit pun tak ambil untung” - Isteri Atu Zero kesal dituduh jual PPE, minta henti sebar fitnah

 

“Kami tolong sukarela, sikit pun tak ambil untung” - Isteri Atu Zero kesal dituduh jual PPE, minta henti sebar fitnah

Atu Zero dan Shafeeqa ambil inisiatif edar PPE ke Sabah.

ISTERI pelawak Atu Zero iaitu Shafeeqa Johari meluahkan rasa kesal apabila niat memberi bantuan dengan mengedarkan peralatan perlindungan diri (PPE) kepada petugas barisan hadapan disalah erti segelintir pihak.

Shafeeqa, 28, berkata, mereka melakukan perkara tersebut secara sukarela dan tidak mengaut sebarang keuntungan.

Malah, Atu atau nama sebenar Sharif Kunal Doli Sharif, 28, mengeluarkan wang simpanan peribadinya bagi menghasilkan sebanyak mungkin PPE.

"Ada yang libatkan dengan politik dan ada yang cakap kami jual, tolonglah! Kita ni seolah-olah sedang berperang, jadi jangan sebarkan fitnah.

"Kami tolong sukarela, sikit pun tidak ambil keuntungan. Syukur dengan rezeki suami dapat dan dia keluarkan simpanan dia nak bantu saya," ujarnya.



Shafeewa meluahkan rasa kesal di Instagram miliknya pada Selasa.

Shafeeqa turut meminta pihak yang tidak berpuas hati untuk membuat pemeriksaan di beberapa hospital dan pusat kesihatan yang menerima bantuan daripada mereka.

Dia juga berharap orang ramai turut memberi bantuan dalam menangani penularan virus Covid-19 di negara ini.

"Mari kita saling membantu, bukan tuding jari sesama insan.

"Dari komen yang tak baik, baik anda pergi ambil wuduk, doa supaya habis Covid-19 ni" ujarnya.

Pada Isnin, Atu dan isterinya mengambil inisiatif mengedarkan PPE di beberapa hospital di Sabah.

Pasangan itu mengumpul PPE daripada sukarelawan seluruh Malaysia untuk di hantar ke Sabah berikutan peningkatan kes secara mendadak di negeri itu.

Ia termasuk sarung kepala, baju, sarung tangan, dan keseluruhan set lengkap yang harus dipakai petugas kesihatan.

Tq MSTAR

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..