Wednesday, November 11, 2020

Bagai rumah kedua... foto gadis rider FoodPanda saban hari ziarah pusara ibu buat ramai sebak - “Rindu menariknya ke sini, anak yang luar biasa”

 

Bagai rumah kedua... foto gadis rider FoodPanda saban hari ziarah pusara ibu buat ramai sebak - “Rindu menariknya ke sini, anak yang luar biasa”

Kelibat seorang gadis yang juga rider FoodPanda yang sering ke pusara ibunya mendapat perhatian seorang netizen yang berkongsi kisah itu di Facebooknya.

"KASIH ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa."

Kata-kata ini mengingatkan kita bahawa dua insan teristimewa ini sememangnya tiada galang ganti di dunia.

Hakikatnya kehilangan mereka pasti membuat kita hilang arah dan tak keruan tetapi hidup perlu diteruskan kerana yang pergi pasti tidak akan kembali.


Malah sesibuk mana pun kita, tanggungjawab sebagai seorang anak tidak harus dilupakan.

Sebagaimana dilakukan gadis ini menerusi satu perkongsian Ummi Azzahra di Facebooknya amat menyentuh hati.



Tugasnya sebagai rider FoodPanda tidak menjadi penghalang untuk menziarahi pusara ibunya.

Meskipun sibuk dengan tugasnya sebagai rider FoodPanda, gadis itu tetap tidak lupa menziarahi pusara ibunya setiap hari.

Lebih menyentuh hati, gadis tersebut masih berpakaian uniform kerjanya yang berwarna merah jambu.

Menurut Ummi Azzahra, situasi menyentuh hati itu dirakam ketika dia dalam perjalanan untuk menziarahi pusara anaknya petang Jumaat lalu.


"Hari sudah lewat petang. Mungkin ummi dan Bang Aji agak lewat ke Raudhah petang itu kerana cuaca sekejap hujan dan sekejap berhenti hujannya.

"Jika hujan, agak licin untuk ke puncak dengan menaiki kenderaan untuk ke “rumah” puteri Ummi itu. Boleh saja mendaki... satu senaman yang baik.

"Sebaik tiba di puncak, mata Ummi tertarik melihat seorang remaja perempuan yang ummi dapati tiap hari ke pusara bondanya. Tapi petang itu dia berpakaian uniform FoodPanda khusyuk membaca Yasin," tulisnya.



Gadis tersebut menziarahi pusara ibunya dengan memakai uniform kerjanya berwarna merah jambu.

Namun katanya lagi, dia amat kagum dengan sikap gadis tersebut yang tidak pernah melupakan ibunya yang sudah tiada walaupun sibuk dengan tugas.

"MasyaAllah... dalam kesibukannya sebagai rider dia punya ruang untuk berziarah. Rindu itu yang menariknya ke sini. Anak yang luar biasa.

"Ummi faham rindu itu. Hadir ke Raudhah ini salah satu cara melampiaskan kerinduan itu," katanya.

Malah sikap gadis tersebut mengingatkan wanita ini dengan kata-kata seseorang ibu yang sering terserempak dengannya ketika menziarahi pusara anaknya.

"Katanya... 'Dahulu ia sekadar lalu di Raudhah ini. Tetapi setelah anaknya 'berumah' di sini... Raudhah ini sudah seperti 'rumah kedua'.

"Ada yang kosong di sudut hati ini jika tidak dapat hadir ke sini. Perasaan yang sukar untuk diungkapkan. Hanya yang mengalami saja akan merasainya.



Gambar gadis tersebut yang dikongsi Ummi Azzahra berjaya menyentuh hati netizen.

"Allahummaghfirlahum Warhamhum wa’aafihaa wa’fu’anhum," katanya mengakhiri coretan tersebut.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai respons di kalangan netizen.

Rata-rata mengagumi sikap remaja tersebut yang menunjukkan betapa dia amat menyayangi arwah ibunya.

"Al-Fatihah. Semoga jadi anak yang solehah. Untung si ibu dapat anak macam ni," kata Khairil.

"Al-Fatihah... rindu yang tiada penghujungnya," tulis Rahmah.

 Join grup Telegram mStar!

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..