Hikmah sabar tak cancel booking, dah rezeki uncle ”
"DALAM rezeki kita, ada rezeki orang lain"
Demikian kata-kata Siti Aizah Suratman ketika bercerita mengenai pertemuannya dengan seorang lelaki berbangsa Cina pertengahan usia, baru-baru ini.
Mengimbas kembali pertemuannya dengan lelaki yang digelar sebagai Uncle Thian itu, kata Siti Aizah, segala-galanya bermula apabila dia mahu menggunakan khidmat penghantaran untuk makanan yang dipesan oleh pelanggannya.
"Seperti biasa, saya booking Lalamove untuk hantar pesanan makanan kepada pelanggan. Nak dijadikan cerita, selepas saya booking, nampak ada orang 'pick-up' booking tersebut. Saya tengok profil rupa-rupanya seorang lelaki tua.
"Tak pernah lagi dapat uncle Cina buat job Lalamove... kemudian saya tengok lokasi, lagi 10 minit untuk sampai. Risau pula customer tunggu... masa itu saya tergerak hati nak batalkan booking tapi hati menahan. Saya buat keputusan untuk tunggu.
Keadaan telefon bimbit Uncle Thian yang sudah uzur.
"Tak lama tu uncle pun sampai... Allahuakbar. Reaksi pertama, saya sangat terkejut tengok keadaan motor dia... sebuah motor yang bagi saya agak uzur. Kedua, uncle tak ada beg penghantaran macam biasa, tapi dia pakai beg galas saja.
"Kemudian saya perasan telefon bimbit dia pun uzur... saya nampak sebab dia tanyakan mengenai alamat pelanggan saya. Nampak skrin yang dah rosak dan kabur-kabur. Hati saya sedih sangat," cerita wanita yang menjalankan perniagaan katering ini kepada mStar.
Bagaimanapun tambah Siti Aizah, dia tetap meletakkan kepercayaan kepada Uncle Thian untuk menghantar pesanan makanan kepada pelanggannya.
Uncle Thian memasukkan pesanan pelanggan ke dalam beg galasnya.
"Dalam masa yang singkat itu, saya sempat berborak tanya dia tinggal mana. Dia beritahu tinggal Selayang.. uncle berusia 53 tahun dan bujang. Dia ada seorang kakak. Katanya baru 20 hari buat job dengan Lalamove.
"Sebelum dia pergi hantar pesanan, saya sempat berikan sagu hati kepadanya. Mula-mula tu dia terkejut dan menolak, tapi saya beritahu 'ini rezeki uncle'. Menangis dia ketika terima.
"Kemudian dia buka cerita dan beritahu sebelum ambil booking ini, ada orang batalkan pesanan. Dia sedih sangat, tapi kemudian Tuhan gantikan pula dengan rezeki lain. Dia juga cerita selalu dimarahi pelanggan kerana terlewat. Allahuakbar, sedih sangat.
SITI AIZAH SURATMAN
PENIAGA
"Namun saya bersyukur, Allah gerakkan hati untuk saya tak batalkan booking dengan uncle ni. Rupa-rupanya, Allah hantar peringatan menerusi pertemuan ini bahawa dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain," cerita wanita berusia 32 tahun ini.
Dalam pada itu, Siti Aizah berkata dia sama sekali tidak menyangka perkongsiannya yang sekadar dibuat untuk mencoretkan pengalaman sendiri, menjadi tular di Facebook.
Malah dia sama sekali tidak menyangka impak perkongsian tersebut sehingga ramai yang menghubunginya untuk menghulurkan bantuan.
"Ramai DM saya dan beritahu mahu membantu Uncle Thian. Ada seorang hamba Allah, dia menyuarakan hasrat untuk hadiahkan motosikalnya kepada uncle. Saya sudah sampaikan hasrat individu ini kepada uncle sendiri ketika pertemuan kami kali kedua, pada Khamis. Lagi sekali dia menangis. Namun Uncle Thian beritahu nanti dia maklumkan keputusannya.
Sebahagian perkongsian Siti Aizah mengenai pertemuannya dengan Uncle Thian, di Facebook.
"Kemudian, ada seorang insan baik hati ni, minta nombor uncle sebab nak hadiahkan telefon bimbit baharu. Dia pura-pura hubungi uncle untuk gunakan khidmat penghantaran tapi dia nak jumpa untuk beri handphone baru. Alhamdulillah, uncle dah dapat. Ada saya kongsikan mengenainya di Facebook.
"Ada juga yang DM dan tawarkan peluang pekerjaan untuknya. Dan saya dapat tahu, pihak Lalamove dah berikan beg percuma untuk Uncle. Alhamdulillah, daripada perkongsian ini, kita tahu bahawa rakyat Malaysia memang sangat-sangat prihatin," katanya lagi.grup Telegram mStar!
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..