Wednesday, December 9, 2020

Lelaki mabuk tunjuk alat sulit kepada isteri jiran terima padah, dipukul hingga mati

 

Seorang lelaki meninggal dunia selepas dipukul gara-gara melakukan perbuatan tidak senonoh kepada isteri jirannya. Gambar hiasan

SEORANG lelaki menerima padah gara-gara melakukan perbuatan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya dan juga melakukan onani di hadapan seorang wanita.

Dalam kejadian pada 3 Disember lalu di Tanete Riattang Timur, wilayah Bone di Sulawesi Selatan, lelaki yang dikenali sebagai Balanda, 40, maut dipukul oleh suami kepada wanita berkenaan.

Dikhabarkan lelaki itu mabuk dan masuk ke dalam rumah wanita tersebut lantas melakukan perbuatan tidak senonoh berkenaan.

Unit Siasatan Jenayah Polis Bone, Ardy Yusuf berkata, wanita tersebut kemudian menghubungi suaminya agar segera pulang ke rumah, selain turut memberitahu salah seorang ahli keluarga si pelaku.

"Ketika suami wanita itu pulang, dia segera mendapatkan si pelaku yang masih berada dalam rumahnya, tetapi lelaki itu mahu memukulnya dengan batu.

"Dengan spontan, suami wanita itu mengambil kayu lalu memukul lelaki berkenaan di bahagian kepala mengakibatkannya mati," katanya.

Suami wanita berkenaan berjaya diberkas polis selepas tiga jam. - News.detik

credit Mstar

1 comment:

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..