SEBUAH kawasan yang dikelilingi perkampungan dijangka lesap tidak lama lagi gara-gara kejadian tanah runtuh yang berlaku secara berterusan.
Jika berlaku ribut, risiko runtuhan di kawasan berdekatan laut itu untuk berlaku juga semakin tinggi.
Malah, ia ternyata memberi kebimbangan kepada penduduk di kawasan pekan Withernsea dan sebahagian kawasan Holderness di timur Yorkshire, England.
Menurut Pemerhati Perairan, Phil Mathison, ramai yang tidak sedar betapa berisikonya kawasan itu.
Malah jika ramalannya benar, ia bakal melenyapkan beberapa kawasan di situ dalam tempoh beberapa minggu.
"Ia boleh berlaku dalam beberapa minggu lagi," ujarnya ringkas. - Mirror.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..