Monday, December 28, 2020

Tragedi Krismas! 18 penghuni pusat jagaan meninggal dunia dijangkiti Covid-19 selepas dikunjungi ‘Santa Claus’


Tragedi Krismas! 18 penghuni pusat jagaan meninggal dunia dijangkiti Covid-19 selepas dikunjungi ‘Santa Claus’

Seorang lelaki berpakaian Santa Claus mengunjungi sebuah pusat jagaan di Belgium sebelum disahkan positif Covid-19 beberapa hari kemudian. Foto: VRT

SERAMAI 18 penghuni di sebuah pusat jagaan di Belgium dilaporkan meninggal dunia kerana dijangkiti Covid-19, selepas premis itu dikunjungi seorang lelaki berpakaian Santa Claus.

Dilaporkan, 'Santa Claus' tersebut berkunjung ke pusat jagaan di Mol, Antwerp, pada awal Disember dan dia jatuh sakit tiga hari kemudian, yang kemudian disahkan positif Covid-19.

Lelaki itu dikatakan menjadi punca selepas 18 penghuni pusat jagaan itu meninggal dunia manakala seramai 121 disahkan positif termasuk 36 kakitangannya.

Lima penghuninya meninggal dunia pada malam sebelum perayaan Krismas dan Hari Krismas, lapor Mirror.

Bagaimanapun masih belum jelas sama ada dia yang menjadi punca kepada tragedi di pusat jagaan itu, namun kunjungannya ke premis itu digelar 'super spreader'.

Datuk Bandar pekan itu, Wim Caeyers menyifatkan apa yang berlaku di pusat jagaan itu sebagai satu tragedi hitam. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..