Monday, January 4, 2021

Pasangan suami isteri obesiti berjaya turun berat badan kepada 2 digit, dulu beratus kilogram -

 

Pasangan suami isteri obesiti berjaya turun berat badan kepada 2 digit, dulu beratus kilogram - “Faham kesusahan orang berbadan besar”

Pasangan suami isteri ini mengkagumkan netizen dengan transformasi ketara mereka.

MENAKJUBKAN! Daripada mempunyai berat badan dengan tiga digit, wanita ini berjaya menurunkan berat badannya sehingga mencapai dua digit dengan usaha keras yang konsisten.

Walau mengambil masa yang agak lama, namun melihat kepada transformasi ketara sebagaimana yang dikongsikan di media sosial, ternyata ia sangat berbaloi dan memberi kepuasan kepada tuan punya badan.

Lebih manis, perjalanan transformasi untuk menurunkan berat badan tidak dilalui secara bersendirian, sebaliknya turut disertai oleh suami tersayang!


Ketika berkongsi cerita dengan mStar, Noorul Izzah Marzuki berkata dia dan suami nekad untuk menurunkan berat badan selepas masing-masing berisiko berdepan dengan masalah kesihatan disebabkan obesiti.

"Kami betul-betul mula untuk diet dan ubah gaya hidup pada November 2018. Semuanya bermula apabila suami ketika itu ada diabetes dan darah tinggi, manakala saya pula doktor dah sarankan ambil ubat darah tinggi.



Noorul Izzah dan suami berkongsi transformasi mereka hasil kerja keras selama 2 tahun.

"Ketika itu berat suami adalah 190 kilogram manakala saya pula 130 kilogram. Jadi kami terfikir, sudah masanya untuk kami melakukan sesuatu sebelum keadaan kesihatan menjadi lebih buruk lagi.

"Selain itu apa yang mendorong saya sendiri untuk menurunkan berat badan adalah kerap kali sakit lutut dan dalam masa yang sama sukar untuk solat... mesti kena duduk," ujar wanita berusia 39 tahun ini.

Menurutnya, dia dan suami, Mohd Khairuddin Ahmad, 46, banyak membuat kajian dan carian di internet berkaitan diet yang sesuai selain merujuk senaman yang disarankan oleh jurulatih (coach) di saluran YouTube.



Pasangan ini nekad untuk menurunkan berat badan kerana bimbang dengan risiko penyakit berbahaya disebabkan obesiti.

"Usaha ini 80 peratus bergantung kepada pemakanan dan selebihnya adalah workout. Peringkat permulaan, kami tak ambil langsung makanan atau minuman bergula, amalkan diet low-carb. Memang sukar tapi kena betul-betul nekad.

"Awal-awal kami mulakan dengan berjalan... selepas badan beransur ringan, barulah slow walk. Ikut fasa dan kemampuan. Setiap hari selepas pulang kerja, kami peruntukkan 40 minit untuk joging. Begitu juga hari minggu.

"Memang peringkat permulaan sangat susah... ada masanya malas nak joging. Dalam bab ini, saya bertuah sebab suami yang bertindak sebagai 'coach'. Kalau saya malas, dia akan beri ceramah. Bagusnya ada seorang yang tegas, kalau tidak, kedua-dua 'ke laut'," ujarnya berseloroh.

Banyak perubahan apabila berat badan dah turun, antaranya kita boleh lakukan pelbagai aktiviti malah ramai menegur wajah kelihatan lebih muda.

NOORUL IZZAH MARZUKI

ISTERI

Menyentuh mengenai cabaran yang dilalui sepanjang perjalanan menurunkan berat badan, wanita ini berkata satu-satunya cabaran yang perlu dihadapi adalah diri sendiri.

Hasil usaha keras selama hampir dua tahun, pasangan suami isteri ini akhirnya berjaya menurunkan hampir separuh daripada berat badan masing-masing.

"Berat saya sekarang adalah 69 kilogram dan suami pula sekarang 85 kilogram. Namun jika ikut BMI, berat ideal saya sepatutnya 60 hingga 65 kilogram. InsyaAllah mudah-mudahan kami mencapai berat ideal," ujarnya yang bekerja sebagai penjawat awam ini.



Noorul Izzah kehilangan berat badan sebanyak 61 kilogram.

Tidak menyangka perkongsiannya mengundang perhatian netizen, Noorul Izzah berkata ramai antara kenalan dan pelayar yang meminta mereka berkongsi tip untuk dijadikan sebagai panduan.

"Kami faham dengan kesusahan yang ditanggung orang berbadan besar... sebab itu saya dan suami sepakat membuka saluran YouTube dan group Facebook yang dinamakan 'Jom MOJO' untuk sama-sama berkongsi tip. 'Jom MOJO' membawa maksud 'merubah obes menjadi obses'.



Suami Noorul Izzah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 105 kilogram.

"Banyak perubahan apabila berat badan dah turun, antaranya kita boleh lakukan pelbagai aktiviti yang sebelum ini sangat sukar dilakukan. Dan ramai menegur wajah kelihatan lebih muda.

"Jadi kepada yang nak turunkan berat badan, apa yang penting adalah fokus untuk ubah gaya hidup, bukan untuk kurus semata-mata. Kalau tak mahu ubah, ambil ubat macam mana pun takkan jadi," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

1 comment:

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..