Dikecam tak pakai pelitup muka selepas terima vaksin, polis sahkan Raffi Ahmad tidak langgar undang-undang kesihatan
ISU foto pengacara dan pelakon Raffi Ahmad tidak memakai pelitup muka ketika bersama rakannya minggu lalu turut menarik perhatian pihak polis Indonesia untuk menyiasat perkara tersebut.
Memetik laporan Liputan6, Raffi menarik nafas lega apabila pihak polis menganggap tindakannya itu tidak melanggar protokal kesihatan seperti yang didakwa segelintir pihak sebelum ini.
Pihak polis sudah melakukan siasatan terhadap Raffi dan tiada bukti menunjukan selebriti Indonesia tersebut melanggar peraturan dalam Pasal 93 Undang-Undang Nombor 6 Tahun 2018 tentang Kekarantinaan Kesihatan.
Malah, polis juga mengesahkan Raffi tidak melakukan sebarang kesalahan memandangkan foto itu dirakam ketika dia berada di kediamannnya dengan hanya jemputan rakan terdekat.
Sebelum ini, tindakan Raffi Ahmad tidak memakai pelitup muka ketika pertemuaan bersama rakan-rakan di sebuah acara baru-baru ini mengundang kecaman ramai pihak.
Foto yang memaparkan Raffi bersama empat orang rakannya tanpa memakai pelitup muka itu dirakam selepas dia menerima suntikan vaksin Covid-19 pertama pada 13 Januari lalu
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..