Monday, January 18, 2021

Tular rakaman video saintis Wuhan digigit kelawar ketika jalankan penyelidikan pada 2017


Kesan bengkak pada tangan seorang saintis akibat digigit kelawar.

TULAR satu rakaman video memaparkan beberapa saintis dari Wuhan, China tidak memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE) ketika menjalankan penyelidikan terhadap kelawar sehingga salah seorangnya digigit oleh haiwan berkenaan.

Menerusi rakaman daripada tahun 2017, iaitu dua tahun sebelum kemunculan virus Covid-19, ia memaparkan saintis bernama Shi Zhengli bersama pasukannya membuat penyelidikan mengenai virus SARS.

Mereka dilihat memegang kelawar tanpa memakai sarung tangan, malah mengambil najis haiwan itu dengan mengenakan baju berlengan pendek.

Sementara itu dalam rakaman di dalam makmal pula, dua saintis yang mengendalikan sampel dilihat langsung tidak memakai topeng pelitup muka.

Kelawar dipercayai sebagai antara sumber penularan virus Covid-19.

Malah menerusi rakaman berkenaan juga ditunjukkan kesan gigitan kelawar yang dialami salah seorang saintis berkenaan, di mana tangannya kelihatan membengkak.

Rakaman tersebut muncul ketika angka kematian di seluruh dunia akibat Covid-19 mencecah 2 juta korban. - Dailystar

TQ grup Telegram mStar!


No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..