Thursday, February 4, 2021

Terbaikk!! Gunting rambut, pasar malam, cuci kereta dibuka esok

 


ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
 
Share on twitter
 
Share on whatsapp
 
Share on emShare on tele

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju membenarkan kembali operasi pasar malam, kedai gunting rambut dan premis cuci kereta di seluruh negara dibuka berkuat kuasa esok.

Berita gembira itu diumumkan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang akhbar mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

“Ia diputuskan setelah dibuat penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan dan melihat memang tiada kluster baharu daripada aktiviti tiga sektor itu,” katanya.

Jelasnya, bagaimanapun Majlis Keselamatan Negara (MKN) menetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang amat ketat untuk pembukaan semula bagi petugas di sektor berkenaan.

Antaranya waktu operasi pasar malam antara pukul 4 petang hingga 10 malam dengan jarak antara gerai ditetapkan paling minimum satu meter serta laluan keluar masuk berbeza.

“Begitu juga operasi kedai gunting atau salun rambut yang boleh dibuka hingga 10 malam namun hanya gunting rambut tanpa menawarkan khidmat lain seperti kecantikan,” tegasnya.

Ismail Sabri turut mengingatkan SOP sama seperti ditetapkan MKN sebelum ini iaitu petugas memakai pelitup dan pelindung muka serta apron dipakai buang bagi pelanggan berbeza. – UTUSAN ONLINE

1 comment:

  1. Banyak lagi PENIAGA2 KECIL diTINDAS & di PENJARAkan bawah PKP SIAL berterusan ni- tak boleh buka kedai, tapi KEDAI EMAS boleh pula!! Yg. heran tu, INDUSTRI2 GERGASI, si PENYEBAR2 UTAMA Covid-19 ni, masih dibenarkan berOPERASI walau PEKERJA2 ASING @ PATI2 depa TAK diSARING - serta TAK dikenakan PKPD pun bila ada jangkitan COVID-19 BERAMAI2, mcm. yg. dibuat pd. RAKYAT & PENIAGA2 KECIL/SEDERHANA!!
    Mmg. SIAL rejim DIKTATOR muhyiddin/parti NAZI Bukan lagi Pribumi, BERSATU liberal ni!!





    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..