Tuesday, March 30, 2021

Apa Salah Saya di Bayar Gaji Dengan Wang Syiling

Kereta sorong yang penuh diisi wang syiling berminyak dipercayai ditinggalkan bekas majikan Flaten. (Gambar Facebook)

Seorang lelaki terpinga-pinga melihat kereta sorong berisi wang syiling yang ditinggalkan di rumahnya, malah lebih teruk lagi syiling-syiling tersebut dipenuhi dengan minyak.

Lelaki tersebut percaya perbuatan itu adalah dari bekas majikannya sebagai ‘balas dendam’ selepas dia berhenti kerja dan menuntut gaji terakhirnya, di Fayetteville, Amerika Syarikat.

Ekoran dari kejadian berikut, Andreas Flaten terpaksa menghabiskan masa berhari-hari untuk membersihkan semua wang syiling berminyak tersebut untuk ditukarkan kepada wang kertas.

Ia dikatakan berpunca daripada tindakannya yang berhenti kerja dari sebuah bengkel membaiki kenderaan pada November tahun lalu, lapor News.com.au.

Lelaki terbabit sempat bekerja selama setahun namun keadaan persekitaran yang kurang menyenangkan menyebabkan dia terpaksa berhenti.

Dia kemudiannya menghantar notis berhenti kerja dua minggu kepada bekas bosnya, Miles Walker yang berjanji akan membayar gaji terakhir berjumlah AS$915 (RM3,794) pada Januari.

Bagaimanapun, dia tidak mendapat bayaran itu sebaliknya Walker menuduh dia melakukan kerosakan hingga menyebabkan kerugian.

Flaten cuba mendapatkan bantuan Jabatan Buruh Georgia namun usaha itu hanya sia-sia.

Beberapa bulan kemudian, Flaten dan teman wanitanya, Olivia Oxley menyedari sebuah kereta sorong berisi 91,000 keping wang syiling berminyak ditinggalkan di rumah mereka.

Fox 5 Atlanta melaporkan, wang syiling seberat 225 kilogram itu turut menyebabkan tayar kereta sorong terbabit pecah.

Oxley menyebarkan kejadian itu di media sosial dengan memuat naik video mereka sambil mengecam Walker.

Flaten pula berkata, perbuatan itu agak kebudak-budakan hingga menyebabkannya terpaksa bersusah payah untuk mencuci wang syiling berkenaan selepas berpenat di tempat kerja lama.

 fmtohsem@freemalaysiatoday.com

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..