SEBUT sahaja ular, pasti ramai dalam kalangan kita yang gerun dan takut akan haiwan itu.
Begitu juga dengan pasangan suami-isteri dari Larkfield, Kent, England ini.
Kayleigh Baldwin-Pierce, 23, dan, Bethan, 25, ketakutan selepas menemui kulit ular di bawah katil bayi mereka Khamis lalu.
Lebih menakutkan, mereka gagal menjejaki haiwan itu untuk diusir keluar.
"Ular itu masih belum ditemui. Kami sangat takut.
"Pada malam sebelum ini kami ada dengar seakan-akan ular sedang bergerak," ujar pasangan itu lagi.
Mereka turut mendapatkan bantuan pakar ular untuk menjejaki haiwan itu, namun usaha itu masih belum membuahkan hasil. - Daily Star. Join grup mstar
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..