Sunday, May 9, 2021

Alamak !!! Budak 6 tahun nyaris mati, berlari naik ke darat selepas nampak kelibat jerung

 

Kejadian berlaku di sebuah pantai di Hawaii.

KEGEMBIRAAN seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang sedang mandi-manda di pantai hampir bertukar tragedi.

Menerusi kejadian di sebuah pantai di Hawaii, Sheri Gouveia sedang membuat rakaman video sementara anaknya sedang berada di dalam air.

Dia bagaimanapun terus mencampak telefon selepas anaknya menjerit kuat gara-gara menyedari kehadiran seekor jerung di situ.

Anaknya juga terus berlari ke kawasan darat untuk menyelamatkan diri.

"Saya tak perasan jerung di belakang saya. Saya berlari sekuat hati, sangat menakutkan," kata kanak-kanak itu kepada pemberita.

Menurut ibunya, ia merupakan kejadian pertama seumpamanya. - Daily Star.


No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..