SEORANG remaja mabuk bertindak mengugut untuk menembak kru kabin dalam pesawat penumpang selepas diminta memakai pelitup muka.
Tindakan itu menyebabkan remaja berusia 19 tahun dipenjara selama 12 minggu.
Kieran Harris, melakukan perkara itu terhadap dua kru kabin wanita dalam pesawat dengan mengugut untuk membunuh mereka dan menuntut perkara seksual.
Insiden berlaku pada 14 Mei lalu dalam penerbangan Easy Jet selama tiga jam jam dari Alicante di Sepanyol ke Manchester, United Kingdom.
Ketika kejadian, kira-kira 177 penumpang menaiki pesawat berkenaan.
Harris yang dari Gartson, Liverpool bersendirian menaiki peswat dalam keadaan mabuk, diminta sebanyak empat kali supaya memakai pelitup muka bagi mencegah penularan Covid-19. - Mirror
RINGANnya HUKUMAN dia, OMPUTIH Parasit ni!! Kalau bangsa BUKAN KULIT PUTIH -terutamanya Umat Islam, akan dicopkan sbg. TERORIS!!
ReplyDelete