Kumpulan perompak disimbah petrol, hasrat cari mangsa di stesen minyak tak kesampaian
CUBAAN sekumpulan individu yang mahu merompak seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Chile gagal.
Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang kini tersebar luas, lelaki itu mengacu pam minyak ke arah kumpulan perompak sebelum menyimbah petrol ketika dia dihampiri sebuah van secara mengejut.
Kumpulan perompak itu kelihatan cuba mengelak daripada disimbah sebelum melarikan diri dengan menaiki van tersebut.
Rata-rata pelayar internet memuji tindakan pantas dan berani mangsa sehingga menggagalkan cubaan jahat itu.
"Gila, itu yang selayaknya mereka dapat.
"Saya kerja di stesen minyak dan boleh katakan bahawa aksi ini sangat bahaya," tulis beberapa netizen. - Daily Star.
Mstar
PADAN MUKA Penjenayah2 amat GANAS-si BINATANG BUAS mcm. ni!!
ReplyDelete