SEORANG lelaki mencetuskan kemarahan orang ramai selepas tular gambarnya 'menunggang' seekor buaya seperti papan luncur, di sebatang sungai di Australia.
Foto tersebut menunjukkan lelaki tersebut yang hanya berkaki ayam, berjaya mengikat tali di bahagian mulut haiwan reptilia itu, sebelum membuat pergerakan di sungai yang keruh.
Menerusi gambar itu juga, dia kelihatan sukar untuk mengimbangi di atas buaya, sambil diperhatikan oleh rakan-rakannya dari bot berdekatan.
Pada mulanya foto berkenaan dimuat naik di laman sosial Reddit, dengan kapsyen yang mendakwa ia merupakan "gambar 'paling Australia' yang saya ada".
Bagaimanapun, gambar tersebut membangkitkan kemarahan organisasi yang membela hak haiwan, People for the Ethical Treatment of Animals (PETA).
Menurut PETA yang mengecam tindakan itu bahawa lelaki berkenaan hanya mahu mencari perhatian.
"Haiwan bukan untuk dijadikan papan luncur," kata jurucakap PETA, Emily Rice. - India Times
Inilah OMPUTIH HUTAN Barat - tak bertamaddun!! Minum ARAK sampai MABUK, BERTELANJANG SESUKA HATI, GILA SEKS/PORNOGRAFI/DADAH setiap masa - lepas tu nak mengHINA Islam/Umatnya si BARAT gila ni!!
ReplyDelete