Sunday, May 2, 2021

Tediaa !! Budak nakal baru habis SPM “Terkejut tengok muka sendiri di kad Touch n Go”

 

Budak nakal baru habis SPM cemerlang kerja di stesen minyak, umur 20 tahun dah jadi pengurus - “Terkejut tengok muka sendiri di kad Touch n Go”

Pemuda ini tidak sangka dia akan dipilih untuk menjadi model stesen minyak Shell.

TIADA seorang pun apabila dilahirkan terus menjadi seorang yang berjaya.

Semuanya pasti bermula dari bawah dan hanya usaha yang mampu membantu seseorang mencapai kejayaan yang diinginkan.

Begitu juga dengan Muhammed Syamim Iqbal Badarul Hisam, 21, yang pernah bekerja di sebuah stesen minyak selepas tamat Siji Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2017.

Pemuda tersebut memuat naik video di aplikasi TikTok tentang pengalamannya bekerja di stesen minyak Shell yang terletak di KM55.6 Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang.

Menerusi rakaman video tersebut, bekas pekerja stesen minyak itu berkongsi kisah bagaimana dia menjadi pekerja biasa dari bawah dan akhirnya mampu menjadi model untuk mewakili syarikat itu.


Lebih mesra disapa Iqbal, dia mula bekerja di situ pada Disember 2017 setelah menamatkan zaman persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sulaiman, Bentong, Pahang.

Berbeza dengan anak muda yang lain, dia memilih untuk bekerja di stesen minyak kerana ingin mencuba sesuatu yang baharu.

"Waktu tu saya baru je seminggu habis SPM dan sedang mencari kerja. Kebetulan ada stesen minyak Shell baru nak buka, tak jauh pun dalam 15 minit je dari rumah. Saya pun apply kerja di situ memandangkan jawatan yang ditawarkan ketika itu tidak memerlukan sebarang temuduga," kata anak sulung daripada tiga beradik ini ketika dihubungi mStar.

Iqbal mula bekerja di stesen minyak Shell pada Disember 2017.

Bak kata orang 'rezeki tidak pernah salah alamat'! Iqbal dinaikkan pangkat sehinggalah dia berjaya memegang jawatan sebagai pengurus di stesen minyak tersebut.

Ia merupakan satu pencapaian besar bagi dirinya yang ketika itu hanya berusia 20 tahun tetapi telah merasa memegang pelbagai jawatan sepanjang dua tahun berkerja di situ.

Rezekinya bagai tidak putus-putus apabila pada suatu hari dia mendapat pula tawaran menjadi model untuk kad Touch n Go Shell.

Segalanya bermula apabila sebuah syarikat produksi memilih premis tempat dia bekerja sebagai lokasi penggambaran kerana persekitarannya yang sangat bersih dan terurus.

"Mereka kata dah pusing satu Malaysia meninjau semua stesen Shell tapi belum jumpa orang yang sesuai untuk jadi role model stesen. Sebagai pengurus stesen, memang saya yang banyak berurusan dengan orang produksi untuk tujuan tersebut," katanya yang berasal dari Bentong.


Ayah saya pun macam terkejut dan pelik macam mana muka anak lelaki dia ada dekat ‘Touch n Go’.

MUHAMMED SYAMIM IQBAL BADARUL HISAM

Menurut Iqbal, ketika berurusan, penerbit produksi berkenaan pada mulanya bertanya tentang pengalaman kerjanya dan dia terus berkongsi kisahnya.

Namun, tanpa disangka-sangka dia dipilih untuk menjadi role model kerana kisahnya bersama syarikat ini dianggap sesuai dijadikan contoh.

Iqbal mengaku dia agak terkejut apabila ditawarkan peluang sebegitu kerana ia merupakan suatu perkara besar baginya dan setelah puas berfikir, akhirnya dia bersetuju untuk menerima tawaran untuk menjadi 'muka hadapan Shell'.

Iqbal terkejut melihat wajahnya sendiri menghiasi kad Touch n Go yang dijual di seluruh negara.

"Saya memang dah tahu pasal kad ni cuma tak tahu yang ia telah mula dijual. Mula-mula dapat tahu pun bila kawan ayah saya beli kad tu di sebuah stesen Shell di Perak pada September 2020. Dia cakap ‘eh ni muka anak kau ni’.

Begitu juga guru-guru sekolahnya yang memaklumkan mereka juga perasan mukanya terpampang pada kad berkenaan.

Kini Iqbal bekerja sepenuh masa sebagai konsultan takaful setelah menamatkan perkhidmatannya di stesen minyak tersebut pada Julai tahun lalu. Dia langsung tidak malu untuk berkongsi pengalaman sebagai 'budak pam minyak' walaupun ada individu yang memandang rendah pekerjaan itu.

Namun dia berjaya membuktikan kepada orang di luar sana yang pekerjaan seperti itu juga mampu mengubah nasib seseorang dan perkara paling utama adalah jangan terlalu memilih pekerjaan. Tq Mstar


No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..