Pernah buat kejutan show di majlis kahwin 2 tahun lalu, pemuda ‘rapper’ kini dah ada video muzik lagu sendiri – “Teringin duet dengan Yuna”
DUA tahun lalu, seorang pemuda menjadi tular di media sosial apabila berbaju Melayu dan bersamping, menyanyikan lagu rap yang ditulis sendiri di majlis perkahwinan sepupunya.
Pemuda 'rapper' itu menjadi tumpuan kerana menggunakan muzik instrumental lagu irama Melayu asli dendangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Gambus Jodoh.
Terbaharu, anak kelahiran Klang, Selangor itu kembali menunjukkan taring menerusi video muzik lagu rap yang diarahkannya.
Pemuda berkenaan, Elyas Naim Mazalan berkata, lagu berjudul ‘Duduk’ itu diperdengarkan kepada umum pada 14 Mei lalu, di mana lirik dan gubahan dihasilkannya sendiri.
Kisah Elyas pernah tular di media sosial pada 2019.
Menggunakan nama komersial Siyastu, katanya, ia merupakan 'single' kedua selepas lagu pertama berjudu; 'Kotak Panas' yang merupakan karya eksperimental pada akhir tahun lalu.
"Saya minat menyanyi dan membuat lirik lagu-lagu rap sejak 2018. Jika hendak diikutkan, minat dengan lagu-lagu rap ni sejak kecil... rap menjadi sebahagian daripada jiwa saya.
"Persembahan lagu rap pada majis perkahwinan sepupu tu selepas balik dari Sydney, Australia untuk cuti semester," katanya yang berusia 22 tahun kepada mStar.
Di sebalik pembikinan video muzik Duduk.
Elyas berkata, dia kembali untuk meneruskan pengajian di Universiti Wollongong, Sydney dan masih bergiat aktif menyanyikan lagu-lagu rap di negara kanggaru itu.
"Saya mendapati bila rap di Malaysia, ia dikira sebagai bakat yang bukan semua orang ada. Di Australia pula rap sesuatu yang normal. Budak-budak pun pandai nyanyi lagu rap.
"Rap ni sebenarnya skil komunikasi. Saya juga nak tunjuk kat orang kalau saya bukan dari latar belakang industri muzik dapat menyelami industri ini, maksudnya ramai lagi di luar sana dapat melakukan perkara sama," ujar pelajar jurusan perniagaan antarabangsa itu.
Elyas (kiri) ketika menjadi sebahagian wakil pelajar dalam satu perjumpaan di universiti.
Mengenai lagu baharu, Elyas yang pulang ke tanah air tahun lalu dan mengikuti pengajian secara dalam talian berkata, lagu 'Duduk' merupakan karya santai dan lirik mempunyai element Gentleman, Bad boy dan sedikit elemen flexing yang berlapis dan tidak ketara.
"Lagu 'Duduk' ini ditujukan kepada mereka yang suka bersikap riak supaya menjadi lebih merendah diri. Ia berdasarkan pengalaman lebih-lebih lagi saya dari keluarga sederhana.
Rap ni sebenarnya skil komunikasi. Kalau saya bukan dari latar belakang industri muzik dapat menyelami industri ini, maksudnya ramai lagi di luar sana dapat melakukan perkara sama
ELYAS
"Semasa di Australia, saya menyedari mereka yang berduit tidak pernah sesekali nak menunjuk-nunjuk. Sebaliknya, di Malaysia, mereka yang kononnya berduit pula suka sangat menunjuk dengan gaya hidup masing-masing.
"Tapi mereka sebenarnya hanya nak tunjuk kepada orang yang mereka ni berduit, tetapi hakikatnya lain. Maksudnya mereka berlagak kaya atau acah-acah kaya," katanya.
Elyas (duduk, kiri) pada minggu pertama di Australia dan pertama kali mencuba 'freestyle rap'.
Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu, video muzik lagu 'Duduk' merupakan arahannya dan boleh didapati di laman YouTube.
"Saya nak tunjuk bakat serba-boleh dalam pembikinan lagu-lagu rap. Saya berhasrat untuk menjadi rapper atau penyanyi yang berjaya tanpa bantuan syarikat rakaman.
[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]
"Jika diberi peluang, saya teringin berduet dengan penyanyi Yuna kerana kualiti seninya yang berbeza dan keunikan suaranya. Muzik video Yuna banyak memberi inspirasi kepada saya," katanya.
Elyas mahu menghasilkan lebih banyak karya seni.
Elyas yang berharap lagu baharu miliknya mendapat penerimaan baik orang ramai, dia akan terus menghasilkan lebih banyak karya seninya pada masa akan datang.
"Apapun saya masih boleh menyanyi di majlis kahwin jika dibenarkan dan keadaan kembali reda. Tapi hanya untuk saudara-mara saja lah, saya kasi eksklusif," ujarnya secara berseloroh.
Kredit Mstar
Si mamat BANGANG ni buat lambang TANGAN-MEMUJA Iblis apahal?!! Mcm. PENAGIH DADAH shj.!!
ReplyDeleteYa, JANGAN terpedaya dgn. SIMBOL MEMUJA IBLIS ini sbg. kononnya lambang bahasa isyarat utk. golongan BISU & PEKAK yg. bermaksud "Saya cinta kamu" - kerana Pengasas ISYARAT utk. golongan OKU ni adalah HELEN KELLER, sekoq ZIONIS Freemason!!
DeleteMaka, umat ISLAM/ MELAYU, termsk. OKU kita - kalau nak sgt. buat lambang " Saya CINTA kamu" ni, buat shj. lambang HATI di tangan!!
Lihat di - https://apanamadotcom.wordpress.com/2011/07/02/kenali-simbol-syaitan-the-face-of-freemasonry/
Lihatlah betapa SIMBOL2 MEMUJA IBLIS Zionis Freemason ni - amat MENYALAHI Islam kita!!
ReplyDeleteDi - http://nur-eyeofmind.blogspot.com/2010/12/freemason-vs-islam.html?m=1
Lihat artis2 Islam/Melayu LIBERAL mcm. BINATANG2 BUAS-muka2 & perangai2 sebiji mcm. PENAGIH2 DADAH - buat LAMBANG TANGAN memuja IBLIS!!
DeleteItulah, ASTRO mmg. ada MO MUSUH Islam/Melayu amat JAHAT - utk. mengNORMALkan budaya2 HOMO/LUCAH/PENGAMBILAN DADAH/membuat LAMBANG TANGAN Zionis Memuja IBLIS, termsk. di kalangan ARTIS2 Islam/Melayu kita - utk. diJAHANAMkan MORAL anak2 muda ISLAM/MELAYU kita (UNIFY pun makin TERIKUT)!
Lihat ARTIS2 LIAR ni, di - https://malaysiagazette.com/2020/12/14/cliff-umar-juara-gv7/
Lihat lagi bnyk. Kumpulan2 ROCK/HEAVY METAL Barat/Zionis dan Helen Keller, iaitu Pengasas Simbol tangan memuja IBLIS ni utk. golongan BISU & PEKAK, serta - adalah puak Zionis Freemason-si PEMUJA2 IBLIS, termasuk ada menjadi anggota "CHURCH of SATAN", cthnya The Eagles!!
DeleteLihat di - https://www.wattpad.com/2222073-satanic-hands-signs
Lihat di - https://www.shutterstock.com/search/satanic+hand+sign
Delete