Sunday, June 13, 2021

Perghh !! Jiran takut dengar bunyi hantu, kenapa wanita ini pula elak basuh baju waktu malam ?

 

Jiran takut dengar bunyi hantu, kenapa wanita ini pula elak basuh baju waktu malam? Paling win video masuk #FYP, suami bagi kejutan!

Mesin basuh Erra yang telah uzur mengeluarkan bunyi yang turut menakutkan jiran tetangganya.

BUNYI macam langsuir menangis!

Itu gambaran sebenar keadaan bunyi mesin basuh milik seorang wanita yang dikatakan turut “menggemparkan” jiran-jiran sekelilingnya.

“Laki aku kata kalau video ini masuk #FYP dan dapat 5k love dia akan nak belikan mesin basuh baru” tulisnya, disertakan dengan video bunyi yang dilakukan mesinnya ketika digunakan.

Sehingga kini video perkongsiannya di laman TikTok itu telah mendapat lebih 600, 000 tontonan dan lebih 70, 000 tanda suka.



Perkongsian Erra di laman TikToknya mendapat lebih 600, 000 tontonan dan 70, 000 tanda suka.

Bercakap kepada mStar pemilik mesin basuh tersebut Nik Hasmira Nik Yahya, 34 berkata mesin basuh tersebut dibeli suaminya di awal perkahwinan mereka iaitu kira-kira lapan tahun lepas.

“Mesin tu suami beli dekat kedai bundle tapi Alhamdullilah sampai hari ini masih elok boleh dipakai walaupun dah hampir lapan tahun.

“Cuma sekarang kalau guna dia akan keluarkan bunyi macam languir menangis, ” selorohnya..

Hasmira yang membahasakan dirinya sebagai Erra berkata untuk tidak menakutkan jiran tetanggannya, dia memilih untuk tidak membasuh pakaian pada waktu malam.

“Saya memang tak akan basuh kain malam-malam sebab pernah terdengar jiran cakap takut sangat dengar macam bunyi hantu, ” ceritanya.



Mesin basuh yang dibeli secara secondhand ini masih boleh digunakan.

Menurut Erra dia juga tidak menyangka bahawa perkongsiannya itu berjaya menarik perhatian suaminya Rosli, 46 yang terus membelikannya mesin basuh baru.

“Saya saje je buat caption macam tu, tak sangka pula petang tu suami bawak balik mesin baru sebab dia follow juga TikTok saya mungkin dia kesian tengok.

“Sekarang Alhamdullilah boleh basuh kain dengan tenang, ” katanya.



Perkongsian Erra turut menarik perhatian suaminya yang kemudiannya menghadiahkan dia sebuah mesin basuh baru.

Menurut Erra mesin basuh lamanya itu masih disimpan kerana nilai sentimentalnya melebihi segalanya.


Tambahnya mesin tersebut telah cuba diperbaiki beberapa kali namun ia tetap mengeluarkan bunyi seakan-akan “langsuir menangis” tersebut.

“Mesin basuh menangis tu saya masih simpan dekat luar, saya guna untuk basuh kain-kain buruk.

“Sayang sebab kenangan yang ada dan kebetulan mesin tersebut masih boleh digunakan.

“Cuma saya akan elak guna waktu malam, takut nanti tak pasal-pasal bomoh datang cari hantu menangis, ” ujarnya yang berasal dari Besut, Terengganu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ends.