Gempar banduan positif Covid-19 lari dari hospital
GEMPAR apabila seorang banduan dipercayai positif Covid-19 melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Kajang, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya mengesahkan mengenai kejadian yang berlakut.
"Siasatan lanjut berkenaan kejadian itu sedang dijalankan, laporan mengenai kejadian kita telah terima, " katanya ringkas menerusi kenyataan pada Jumaat.
Terdahulu, seorang banduan didakwa melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Kajang.
Suspek berumur lingkungan 40-an itu dipercayai positif Covid-19 dan menerima rawatan di hospital berkenaan sejak seminggu lalu. - Sinar Harian
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..