Monday, July 12, 2021

Wow Perghhh !!! ‘Gadis Pulau’ buat ramai tak keruan, tak sabar nak ke Tioman

 

Indah namun sepi pengunjung! Perkongsian ‘Gadis Pulau’ buat ramai tak keruan, tak sabar nak ke Tioman - “Rumah saya 10 meter je dari pantai”

Besar harapan Ain agar pandemik Covid-19 berakhir sekaligus dapat memulihkan sektor pelancongan di pulau Tioman.

SEPI tanpa pelancong.

Demikian kata Siti Norain Mohd Razali, 27, yang juga anak jati Kampung Genting di Pulau Tioman, Pahang.

Mesra disapa Ain, dia mengakui sektor pelancongan di pulau terkenal itu terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak lebih setahun lalu.


Namun bagi mengisi masa terluang sejak pandemik melanda, dia banyak berkongsi video mengenai kehidupan di pulau sehingga menggamit rasa rindu dalam kalangan pelancong yang pernah berkunjung ke sana.

"Sekarang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita tak tahu nak buat apa. Saya scroll TikTok, saya terfikir, why not kalau saya buat video dan tunjuk apa yang ada di sini.

"Kadang-kadang saya buat live di Insatgram, tunjuk sunset. Sekarang pelancong tak boleh datang, nak rentas negeri pun tak boleh.

"Ada penduduk asal je sekarang. Saya buat video suka-suka, tapi tak sangka dapat sambutan. Ramai yang komen dan mereka kata rindu nak datang lagi.

Ain

Ain bekerja sebagai pengurus di Bayu Dive Center Tioman.

"Mereka luah hasrat untuk repeat ke sini selepas PKP tamat nanti," ujarnya ketika dihubungi mStar.

Menurut Ain yang bekerja sebagai pengurus di Bayu Dive Center Tioman di pulau peranginan itu, rumah keluarganya terletak hanya 10 meter dari pesisir pantai.

Yang tak pernah datang Tioman, jemput datang selepas PKP. Kami rindu nak dengar keriuhan suara pelancong.

AIN

Sudah dibesarkan sebagai anak pulau, dia ternyata berat hati untuk keluar mencari rezeki jauh dari kampung halaman sendiri.

"Sebab memang dah lahir di sini, hati tetap nak duduk dan bekerja di Tioman. Dulu belajar dalam bidang Pengurusan di Melaka, pernah juga mohon nak kerja kat luar.

"Tapi tetap balik ke Tioman dan sudah lima tahun saya bekerja di kampung halaman sendiri. Sebab minat dan nak duduk dekat dengan air.

ain4

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Tioman.

"Rumah saya pun dalam 10 meter dengan pantai. Buka tingkap dah nampak laut. Saya mula berenang sejak umur lima tahun. Kat sini budak kecil biasanya dah pandai berenang, " ujarnya lagi.

Menggelarkan dirinya sebagai 'Gadis Pulau' menerusi TikTok, Ain berharap usahanya berkongsi video dapat membantu dari segi promosi pelancongan pulau itu.

Malah kata Ain, jika ada mana-mana individu yang mahu ke Tioman, mereka boleh sahaja menghubunginya untuk mendapatkan maklumat lanjut.

WhatsApp Image 2021-07-08 at 2.33.20 PM

Ain menggelarkan dirinya sebagai 'Gadis Pulau' menerusi TikTok dan banyak berkongsi video mengenai kehidupan di Tioman.

"Saya buat video, nak kongsi dengan orang luar apa yang saya rasa di sini, bagaimana suasana pulau yang kami lalui setiap hari.

"Mereka tak dapat datang lagi, jadi saya kongsi saja apa yang ada. Kadang-kadang ada juga orang tak tahu Tioman terletak di Pahang.

ain5

Antara foto yang dikongsi oleh gadis itu kepada mStar.

"Saya cuma harap Covid-19 berakhir segera supaya kami dapat cari pendapatan seperti dulu. Kami tiada pendapatan sejak tahun lepas kerana ketiadaan pelancong.

"Harapnya kami dapat teruskan hidup seperti biasa selepas ini. Dulu ayah pemandu bot pelancong, sekarang dia sakit gout dan hanya jalankan perniagaan sewa barangan snorkeling.

"Yang tak pernah datang Tioman, jemput datang selepas PKP. Kami rindu nak dengar keriuhan suara pelancong. Kalau nak datang boleh hubungi saya," ujar anak keempat daripada lima beradik itu. Mstar