Saturday, September 11, 2021

Alhamdulillah !! Aishah syukur bebas Covid-19, seronok dapat balik selepas 12 hari di hospital -

 

Aishah syukur bebas Covid-19, seronok dapat balik selepas 12 hari di hospital - “Dua tahun duduk rumah, Allah nak jadikan, kena juga”

Aishah seronok dapat pulang ke rumah selepas 12 hari melawan Covid-19.

SELEPAS 12 hari melawan Covid-19, penyanyi Aishah melahirkan rasa syukur apabila dibenarkan pulang ke rumah pada Jumaat.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya sepanjang dirinya dijangkiti wabak itu.


Menurut penyanyi berusia 56 tahun ini, biarpun hanya berada di rumah sepanjang tempoh dua tahun namun sudah ditakdirkan terkena juga virus tersebut.

Terima kasih kepada semua barisan hadapan yang menjaga saya selama 12 hari di hospital.

AISHAH

PENYANYI

"Alhamdulillah... tak tahu nak cakap apa. Betapa bersyukurnya hari yang dinanti-nantikan. Dapat balik rumah. Terima kasih, Alhamdulillah.

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Sekarang ini, doakan saya terus sembuh sepenuhnya. Nasibnya, saya dua tahun duduk rumah, Allah nak jadikan, kena juga.

"Jaga diri. Terima kasih kepada semua barisan hadapan yang menjaga saya selama 12 hari di hospital," katanya.

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Janji Manismu itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya.



Aishah turut memuat naik beberapa foto kenangan bersama jururawat yang menjaganya sepanjang 12 hari di hospital.

Rata-rata netizen dan rakan selebriti meluahkan rasa syukur serta mendoakan agar penyanyi itu terus sembuh sepenuhnya.

Aishah dimasukkan ke Hospital Ampang pada 30 Ogos lalu selepas disahkan positif Covid-19 dan mengalami simptom demam panas dan semput.

Dua hari dirawat di hospital akibat Covid-19, Aishah memberitahu oksigennya turun ke paras 88 peratus selepas doktor cuba membuka alat pernafasan tersebut.