Wednesday, September 15, 2021

Wow Tudia !!! [VIDEO] Tiga anak Shuib ‘melekat’ keliling katil adik Ayash Affan

 

[VIDEO] Tiga anak Shuib ‘melekat’ keliling katil adik Ayash Affan… Uwais paling teruja - “Mereka happy sangat dapat tengok depan mata”

Shuib bersama empat anaknya.

SYUKUR... itu luahan pelawak Shuib Sepahtu apabila anak pramatangnya iaitu Ayash Affan yang lebih sebulan dipantau di hospital akhirnya dibenarkan pulang ke rumah pada Selasa.

Kata Shuib atau Shahmira Muhamad, jika arwah Siti Sarah masih ada ia tentunya menjadi hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahiran Allahyarham yang ke-36 pada Rabu.


Selain berita gembira tentang kepulangan Ayash, pelawak berusia 37 tahun itu turut berkongsi foto bahagian tangan bayi berusia satu bulan lapan hari itu.

"Syukur Ya Allah, esok hari lahir ibu (15 September). Allah hadiahkan kepulangan Ayash Affan hari ini. Insya-Allah sekejap lagi dah boleh balik dah.



"Allahuakbar... tangan, jari sebiji tangan ibu. Terima kasih semua mendoakan kesejahteraan anak soleh ini.

"Terima kasih semua. Syukur Ya Allah di atas rahmatMu," katanya menerusi Instagram pada Selasa.

Menerusi perkongsian itu juga, rata-rata netizen dan rakan selebriti meluahkan rasa syukur serta teruja.

Terima kasih semua mendoakan kesejahteraan anak soleh ini.

SHUIB

PELAWAK

Pada Isnin, Shuib diberi peluang buat pertama kali bertemu dengan anaknya yang berada dalam pemantauan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Shuib berkata, berat badan anaknya itu sudah mencecah 2.6 kilogram dan kuat menyusu.

"Ayash sihat berat sudah 2.6 kilogram, menyusu kuat dan comel sangat. Muka macam daddy la ibu. Memang istimewa sangat hadiah daripada ibu. Allahuakbar.

"I wish you are here sayang... I love you" tulis Shuib.

Shuib akan menjaga anak-anak seperti mana arwah isterinya mahukan.Shuib bersama anak-anak.

Sementara itu, menerusi laman Instagram Siti Sarah, kelihatan tiga adik-beradik Ayash teruja menyambut ketibaan adik bongsu mereka.

“Alhamdulillah... Keterujaan abang dan kakak melihat adik mereka. Uwais, Talita dan Matin hari-hari tanya fasal Ayash.

“Mereka nampak gembira sangat bila dapat tengok Ayash depan mata. Sebelum sampai, tiga beradik ni duduk depan pintu rumah tunggu daddy bawa balik Ayash.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan Ayash, terima kasih kepada semua yang mendoakan daddy, Uwais, Talita dan Matin serta terima kasih kepada semua yang rindukan arwah Sarah.

“Sepatutnya esok hari lahir arwah yang ke-37 tapi aturan Allah tak siapa yang tahu. Kini, hanya Ayash yang hadir di rumah ini sebagai pengganti arwah. Terus doakan kesejahteraan arwah di sana, Al-Fatihah” ujar pengendali instagram berkenaan.

Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di PPUKM Kuala Lumpur akibat Covid-19.

Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu.

Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

Untuk rekod, Shuib dan arwah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011. Tk Mstar