Saturday, October 30, 2021

Perghh !!! Tak pernah menyesal, idea ibu buat jurutera seronok selepas berhenti kerja.

 

Tak pernah menyesal, idea ibu buat jurutera seronok selepas berhenti kerja... hari-hari bergelumang dengan si bulus - “Ilmu kena cari, apa jadi Tuhan dah tulis”

Ashrof pernah bekerja sebagai jurutera selama setahun sebelum membuka pet shop di Cyberjaya.

KEPUTUSAN jejaka ini untuk meninggalkan kerjayanya sebagai jurutera ternyata membuahkan hasil.

Menurut Muhamad Ashrof Halil, 28, dia kemudiannya mengusahakan sebuah kedai haiwan di Cyberjaya bermula September 2017.

Mengimbas kisah itu, dia yang mesra disapa Ashrof mengakui ada sebab tersendiri untuk memilih haluan tersebut.


"Saya bekerja sebagai jurutera selama setahun saja. Waktu itu saya berusia 23 tahun. Saya berhenti kerana rasa apa yang saya buat tak setimpal dengan apa yang saya dapat.

"Ketika berhenti kerja, saya pun tiada idea nak buat apa. Kemudian mak saya bagi cadangan untuk buka pet shop. Kebetulan pun saya minat haiwan.

"Jadi saya pun cuba dan bermula sendirian saja. Sekarang saya dibantu enam pekerja. Kami jual makanan haiwan. Pada masa sama, kami buat grooming dan boarding juga," ujarnya kepada mStar.

Menurut anak pertama daripada lima beradik itu, dia tidak menyesali keputusannya meninggalkan bidang Kejuruteraan.

ash3

Ashrof tidak pernah menyesal terjun ke bidang lain.

Namun katanya, sesekali dia terimbas kenangan lama apabila melihat rakan yang lain masih setia dalam industri itu.

"Ada terdetik sesekali, tapi saya tak pernah menyesal. Saya tengok kawan-kawan dalam circle kerja lama, mereka post mengenai hal kerja. Seronok juga nampak.

Mereka datang jauh-jauh. Mereka kata kenal saya melalui TikTok dan Instagram.

ASHROF

"Tapi memang saya tak menyesal. Ketika berhenti, perasaan waktu itu saya cuma nak buat sesuatu yang lebih baik.

"Bagi saya, kerja dalam bidang itu merupakan rezeki untuk saya. Tapi kerja dalam bidang lain pun rezeki juga. Tuhan dah tetapkan.

"Ilmu kena cari. Apa yang jadi di kemudian hari tuhan dah tulis," ujarnya yang berasal dari Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Ashrof turut terharu apabila video-video dia bersama haiwan di kedainya meraih perhatian ramai di aplikasi TikTok.

"Saya baru bermula beberapa bulan lepas. Tak sangka video dikongsi meraih perhatian ramai. Saya juga banyak terima soalan.

"Mereka tanya mengenai shampu kucing, makanan yang sesuai, cara penjagaan dan macam-macam lagi. Kalau ada masa, saya memang akan jawab.

ash2

Dia turut menerima pelbagai soalan mengenai haiwan di media sosial.

"Saya juga banyak terima komen yang menghiburkan hati. Ada yang nak jadi kucing," ujarnya berseloroh.

Penangan tular di TiKTok turut membuka rezeki apabila dia mula meraih pelanggan baharu dari luar kawasannya.

Kata Ashrof, dia tidak menyangka platform itu mampu menarik pelanggan baharu biarpun dia baru sahaja aktif berkongsi video sejak beberapa bulan lalu.

"Saya tak nafikan, memang dapat banyak pelanggan baharu dari TikTok. Ada ramai juga pelanggan dari luar kawasan. Contohnya dari Selangor dan Terengganu.

"Mereka datang jauh-jauh. Mereka kata kenal saya melalui TikTok dan Instagram. Dulu saya fikir TikTok untuk hiburan saja.

"Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada yang memberi sokongan. Saya akan buat yang terbaik untuk anda semua," ujarnya lagi.