BUTA kerana cinta.
Mungkin itulah yang dapat digambarkan mengenai nasib Henry Sless, 65, seorang pesara yang ditipu jutaan ringgit oleh wanita yang dikenalinya secara atas talian.
Wanita itu, Louise Caplan, 34, mula berkenalan dengan mangsa menerusi sebuah laman web pada November 2017.
Dengan jarak usia 31 tahun, wanita itu meminta Sless menjadi 'sugar daddy' dengan bayaran £150,000 (RM850,511) setahun.
Namun, jumlah itu berjaya dikurangkan Sless menjadi £10,000 (RM56,700) sebulan.
Kedua-dua mereka menetap di Buckinghamshire.
Sepanjang perkenalan, Caplan turut membeli sebuah rumah dengan harga £1 juta (RM5.67 juta) menggunakan wang milik Sless.
Caplan memperdaya lelaki itu dengan berkata dia mahu melakukan pelaburan di Dubai dan Dublin.
Caplan dijatuhkan hukuman penjaran lima tahun tiga bulan.
Selain itu, Sless turut 'menaburi' wanita itu dengan duit bernilai jutaan ringgit.
Hubungan itu bagaimanapun mula berantakan apabila Sless menyedari dia ditipu wanita itu.
Menurut perbicaraan mahkamah, wanita itu menipu Sless sebanyak £2.5 juta (RM14.18 juta).
Kata Sless, dia memberi sejumlah wang kerana percaya hubungan mereka mempunyai masa depan yang cerah untuk ke arah yang lebih serius.
Menurut peguam bela, wanita itu mahu menggunakan wang yang diperoleh untuk mengejar impiannya sebagai pereka hiasan dalaman.
Namun, hasrat itu gagal apabila Sless mula sedar dia ditipu wanita tersebut.
Perbicaraan akhirnya menemui titik penamat apabila wanita itu dijatuhkan hukuman penjara lima tahun tiga bulan. - Mirror.