Tuesday, October 5, 2021

Wow..Tudia !!! Netizen puji pernikahan mewah dalam kandang ayam

 

Dekorasi mewah sebuah majlis perkahwinan di dalam sebuah kandang ayam menjadi tular di media sosial . - TikTok

Netizen puji pernikahan mewah dalam kandang ayam

JAKARTA – Satu video yang menunjukkan sebuah acara pernikahan serba mewah yang diadakan dalam sebuah kandang ayam menjadi tular di aplikasi sosial TikTok baru-baru ini, lapor laman berita Jombang Update kelmarin.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @restya_ayu itu menunjukkan bagaimana sebuah kandang ayam yang dianggap kotor dan jijik boleh diubah suai menjadi sebuah lokasi pernikahan penuh mewah.

Keluarga pengantin dikatakan menggunakan lokasi tersebut untuk mengadakan majlis perkahwinan kerana pelaksanaan sekatan aktiviti masyarakat (PPKM) Darurat di Indonesia.

Netizen yang menyaksikan video tersebut berkongsi pendapat di ruangan komen dengan rata-ratanya memuji idea kreatif itu.

“Cantiknya, namun proses membersihkannya pasti memenatkan,” tulis seorang netizen.

“Berapa bajetnya ya?” soal seorang netizen lain.

“Menariknya kerana kawasan sebegini lebih sesuai dibuat majlis pernikahan terutamanya ketika cuaca hujan,” demikian tulis seorang lagi netizen.

Video tersebut sudah ditonton lebih 46,000 kali dengan hampir 2,000 tanda suka. – AGENSI