Saturday, November 13, 2021

Fuh Tudia !!! Bangga ‘Ultraman Ribut’ papar budaya Melayu

 

Watak Ultraman Ribut yang memaparkan budaya Melayu terutamanya silat.


PETALING JAYA – Siri Ultraman sememangnya menjadi kegilaan golongan kanak-kanak sejak ia diperkenalkan di negara ini ketika pertengahan tahun 1980-an.

Revolusi watak adiwira ini semakin menarik dan segar sepanjang tahun sepanjang lebih 30 tahun menjadi penghibur dunia kanak-kanak malah orang dewasa juga turut meminati siri ini.

Terbaharu, watak Ultraman Ribut menjadi sebutan orang ramai kerana perwatakannya diambil produksi dari Jepun itu melambangkan tentang masyarakat Melayu.

ADVERTISING

Terdahulu, Ultraman Ribut pada awalnya telah diperkenalkan menerusi siri animasi popular Malaysia Upin Ipin sebagai watak sampingan dalam salah satu episodnya.

Selepas mendapat permintaan tinggi, produksi asal Ultraman di Jepun terus ‘mempaternkan’ watak Ribut sebagai salah seorang keluarga besar Ultraman.

Namun apa yang ingin dibincang adalah tentang budaya Melayu yang telah diketengahkan oleh watak terkenal itu menerusi silat.

Bukan sahaja menampilkan seni mempertahankan diri bangsa Melayu, malah wataknya juga siap memakai tengkolok dan samping serta busana Melayu.

“Orang Jepun boleh buat benda ni, ketengahkan silat yang menjadi kebanggaan kita. Ultraman satu nama besar dan ditonton di seluruh dunia.

“Aku bangga dengan apa yang diketengahkan, tapi produksi kita langsung tak pandang malah banyak yang nak tiru rancangan dari Korea kononnya terkenal,” jelas Zahra Irdina.

“Tengok macaman produksi luar boleh buat benda ni, bangga betul aku. Rancangan kanak-kanak kita jarang benda ni nak diketangahkan.

“Kalau yang ada bersolek macam orang dewasa, acah-acah lawak. Pengarah rancangan TV tolonglah berubah, kita ada budaya kita tak payah la nak copy budaya orang lain,” jelas Adam Radzi. – K! ONLINE.