Kevin Ray Mendoza malu-malu dapat tahu jadi kegilaan gadis Malaysia, mengaku suka makan roti canai dengan kuah dhal
Siapa sangka, pemain bola berusia 27 tahun ini bukan sahaja handal menjaga gawang gol tetapi mencuri tumpuan kerana memiliki wajah tampan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia yang berlangsung pada malam tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Pencapaiannya juga dikatakan sebagai penjaga gol dengan jumlah penyelamatan terbanyak dalam Liga Malaysia musim ini.
Siapa sangka, penjaga gol berasal dari Denmark ini pernah hampir ditawarkan oleh Liverpool untuk menjadi penjaga gol pasukan mereka. Mstar