Monday, January 17, 2022

Perghh !!! Wanita maut ditolak di hadapan kereta api

 


POLIS Bandar Raya New York menahan seorang lelaki berkaitan insiden melibatkan seorang wanita yang maut di stesen kereta api bawah tanah Times Square–42nd Street. - John Angelillo/UPI


BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang wanita maut selepas ditolak di hadapan sebuah kereta api bawah tanah yang sedang bergerak di Times Square, Bandar Raya New York, malam semalam, lapor agensi berita United Press International (UPI).

Jabatan Polis New York (NYPD) berkata, mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 10.39 malam (waktu tempatan) di stesen Times Square–42nd Street selepas ditolak dari platform ke laluan kereta api yang menghala ke arah selatan. 

Mangsa merupakan seorang wanita dari Asia berusia 40 tahun.

Ads by Kiosked

Penyerang dikenali sebagai Simon Martial adalah seorang gelandangan berusia 61 tahun, demikian menurut taklimat berita oleh Pesuruhjaya NYPD, Keechant Sewell.

“Tiada provokasi dilihat ketika insiden. Mangsa dilihat tidak berinteraksi dengan suspek,’’ kata Sewell.

Suspek bagaimanapun dilaporkan ada mengejek wanita lain yang bukan dari Asia sebelum kejadian itu. – Agensi