Berang hubungan cinta berakhir, remaja ugut sebar video seks
JAKARTA – Gara-gara berang hubungan berakhir, seorang remaja dari wilayah Sumatera Selatan bertindak mengugut bekas teman wanitanya untuk menyebarkan video seks mereka, lapor laman berita Suara.com hari ini.
Bukan itu sahaja, suspek dikenali sebagai CH, 19, itu turut meminta wang berjumlah 1.5 juta rupiah (RM437.80) daripada mangsa sebagai syarat agar dia tidak menyebarkan video tersebut.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Mesuji, Fajrian Rizki berkata, suspek telah pun diberkas selepas menerima aduan daripada mangsa.
Menurutnya, kedua-dua pasangan kekasih itu telah berpisah, yang membuatkan suspek bertindak mengugut mangsa.
“Suspek meminta sejumlah wang daripada mangsa dan sekiranya ingkar, dia mengugut untuk menyebarkan video lucah mereka,” katanya.
Disebabkan bimbang video itu tersebar, mangsa menuruti permintaan suspek dan bertindak memindahkan wang berjumlah 1.5 juta rupiah (RM437.80) ke dalam akaun bank miliknya.
“Suspek telah ditahan dan mengakui perbuatannya. Dia dibawa ke Balai Polis Mesuji untuk siasatan lanjut,” tambah Fajrian. – AGENSI