Wednesday, February 9, 2022

Tudia !!! Badak air milik Pablo Escobar akan dihapuskan

 


Badak air milik raja dadah ini mengganggu ketenteraman penduduk dan mengancam hidupan liar lain. - Getty Images
Share on telegram

BOGOTA, Colombia – Lebih 100 badak air Afrika milik bekas raja dadah, Pablo Escobar berdepan masa depan suram selepas haiwan berkenaan diisytihar sebagai speseis yang sukar dikawal, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Kawanan haiwan tersebut yang dinamakan badak air kokain,  berkemungkinan besar akan dihapuskan kerana pihak berkuasa hidupan liar tempatan tidak mampu untuk mengawal  pembiakannya.

Sebanyak 130 ekor badak air itu dibiarkan berkeliaran bebas di sekitar Sungai Magdalena, utara Bogota.

Seorang pegawai zoo berkata, kehadiran badak air mengancam hidupan liar tempatan dan manusia yang tinggal di sepanjang sungai itu.

Pihak zoo tersebut bercadang untuk memandulkan kawanan badak air berkenaan, namun prosesnya menelan belanja yang besar selain sukar dilakukan.

“Mungkin kawanan tersebut akan dibunuh jika tiada jalan penyelesaian lain.

“Ia adalah pilihan yang perlu dan mungkin satu-satunya cara untuk menghentikan masalah ini daripada menjadi lebih teruk,” kata Ketua Agensi Alam Sekitar negeri Cornare, David Echeverri.

Echeverri bertanggungjawab dalam usaha memandulkan kawanan badak air tersebut.

Escobar yang  pernah menjadi ketua Kartel Medellin merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia hasil kekayaan empayar pengedaran dadah yang dibinanya.

Dia menggunakan hasil kekayaannya untuk membina sebuah zoo peribadi yang menempatkan badak air, flamingo, zirafah, kuda belang dan kanggaru.

Selepas dia ditembak mati oleh polis pada 1993, semua haiwan kecuali badak air telah dijual kepada zoo. – Agensi