Thursday, March 10, 2022

Tudia !!! Remaja lelaki jejaki kapal-kapal layar elit Rusia

 

JACK Sweeney mula menjejaki kapal-kapal layar Rusia menggunakan bot Twitter. - Twitter


ORLANDO, FLORIDA – Seorang remaja yang pernah menjejaki jet peribadi milik bilionair, Elon Musk mendedahkan bahawa dia kini sedang melakukan perkara sama kepada kapal-kapal layar pemimpin berpengaruh Rusia yang cuba melarikan diri ke tempat perlindungan, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Remaja lelaki bernama Jack Sweeney itu mula dikenali selepas dia menjejaki jet pemilik Tesla itu pada Januari lalu, namun kini dia menggunakan kemahirannya untuk sasaran baharu.

Pelajar berusia 19 tahun yang belajar di Universiti Central Florida itu berkata, dia menggunakan kuasa media sosial untuk membantu dalam usaha global bagi menyekat kroni-kroni Rusia. 

ADVERTISING
Ads by Kiosked

Sweeney cuba mengulangi helah yang sama dengan menggunakan satu siri bot Twitter yang sebelum ini turut digunakan untuk menjejaki pesawat Bill Gates dan Jeff Bezos.

Tiga akaunnya mempunyai gabungan jumlah pengikut lebih daripada 500,000 dan menggunakan data awam serta siri algoritma.

“Pada mulanya saya melakukannya kerana ada yang menyuruh, tetapi kini saya lihat ia dapat membantu,’’ katanya kepada akhbar Wall Street Journal. – Agensi