Friday, April 22, 2022

Doktor buang alat sulit besar budak dua zakar di Brazil

 

Pasukan perubatan membuat keputusan untuk membuang zakar berdasarkan fungsi, iaitu zakar yang lebih besar terpaksa dibuang. – Getty Images


SAO PAULO, BRAZIL –  Seorang budak lelaki di Brazil yang dilahirkan mempunyai dua zakar menjalani pembedahan untuk membuang satu alat sulitnya tetapi doktor-doktor membuang kemaluan yang lebih besar, lapor akhbar The Sun semalam.

-ADVERTISEMENT-

Kebarangkalian seorang bayi lelaki dilahirkan sedemikian adalah satu dalam sejuta.

Doktor-doktor di bandar raya Sao Paulo berkata, setakat ini hanya 100 lelaki  yang mempunyai keadaan dikenali sebagai diphallia itu direkodkan dalam kertas perubatan.

Ads by Kiosked

Berdasarkan laporan kes dalam Journal of Pediatric Urology, pesakit tersebut berusia dua tahun ketika dia menjalani pembedahan membuang salah satu zakarnya atas  sebab yang tidak dijelaskan.

Doktor-doktor  pada awalnya ingin membuang zakar lebih kecil yang terletak pada bahagian kanan.

Kedua-duanya kelihatan sama dan berfungsi selain berupaya untuk tegang.

Bagaimanapun, pasukan perubatan mendapati hanya zakar lebih kecil boleh mengalirkan air kecil dan perkara itu disahkan oleh ibunya.

Uretra zakar yang lebih besar dikatakan terlalu sempit. Justeru, pasukan perubatan membuat keputusan untuk membuang zakar tersebut. – Agensi